Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.hé.bah] | جوروهيبه

Definisi : (juruhébah) 1. orang yg menyeru atau menyerukan (menyebarkan) sesuatu; 2. orang yg kerjanya menyiarkan berita dll atau menghebahkan rancangan di radio (televisyen dsb), penyiar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.hé.bah] | جوروهيبه

Definisi : /juruhébah/ orang yg kerjanya menyiarkan berita dsb di radio dll; penyiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juruhebah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekadar bertanya, saya sering mendengar juruhebah di radio KLFM atau MuzikFm menyebut baharu untuk maksud baru. Bukankah perkataan baharu itu perkataan lama dan tidak digunakan lagi? Mana satu yang betul? Baru, bukan?

Kedua-dua istilah ini betul dan boleh digunakan. Perkataan baharu bukan perkataan lama.

Istilah13.01.2008
Mohamed Ashik Feb 19th, 5:33pm Kehadapan Yang Berbahagia, Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Semoga mendapat Rahmah Allah dan sehat sejahtera. Tuan, Saya Mohamed Bin Ashik, mantan juruhebah, Penerbit Kanan dan Mantan Wartawan Penyiar Radio Warna Mediacorp Singapura. Saya telah menyiapkan rencana bertajuk ULASAN PANTUN dari muka 1 hingga 29 muka surat. Saya berhasrat untuk mencetaknya menjadi buku, di atas penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Saya harap dapat persetujuan Tuan yang sangat saya hormati. Terima Kaseh Tuan! Mohamed Bin Ashik Blok A, Pulau View Condo, Jalan Skudai, Johor Bahru.Tuan yang dihormati, Kami menghargai hasrat tuan untuk menerbitkan karya tuan. Kami mencadangkan tuan berhubung terus dengan Ketua Bahagian Buku Sastera, YBhg. Datin Hajijah binti Jais di talian 03-21479434 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my.Lain-lain19.02.2015
Saya guru dan mempunyai kemusykilan dalam penggunaan kata penguat "HANYA" dan "SAHAJA". Bolehkah kedua-dua kata penguat ini hadir serentak? Contoh ayat : Hanya dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut. Soalan kedua : "Dengarkan lagu ini" Itu antara ungkapan seorang juruhebah radio seperti yang sering kita dengar. Betulkah ungkapan itu?

Untuk makluman tuan, kata “hanya” dan “sahaja” merupakan golongan kata penegas dan bukannya kata penguat. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" dan "sahaja" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi, maka ayat tuan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut (bagi mengelakkan unsur lewah):

(a)             Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut.    Atau

(b)             Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. 

Berkaitan dengan ungkapan “ dengarkan lagu ini” sepatutnya disebut “dengarlah lagu ini.

Tatabahasa19.06.2009
Bolehkah pihak dbp membuat senarai pekerjaan yang bermula dengan juru? Terima kasih.Senarai pekerjaan yang bermula dengan juru adalah seperti yang berikut:

JURUTERA, JURUSELAM, JURUHIAS, JURURAWAT, JURUKAMERA, JURULATIH, JURUUKUR, JURUKIMPAL, JURUWANG,  JURUTAFSIR, JURUULAS,  JURUUKUR, JURUTEKNIK, JURUFOTO, JURUNILAI, JURUHEBAH, JURUTERBANG dan lain-lain yang bersesuai.
Lain-lain14.04.2019
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq

1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat.

2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.)

Tatabahasa18.09.2011
Adakah betul penggunaan kosa kata dibawah DJ Radio : Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... - perkataan memantau adakah sesuai untuk pendengar radio? tqMemantau bermaksud memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dan sebagainya) sesuatu perkara, fenomena dan sebagainya secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dan sebagainya. Dalam ayat "Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... -" kata yang paling sesuai ialah mengikuti, memantau boleh juga diterima jika pendengar yang mengikuti siaran tersebut bertujuan untuk memerhatikan dan memeriksa perkembangan, contohny seperti pelajar yang membuat kajian tentang bahasa yang digunakan oleh juruhebah tersebut. Tatabahasa18.05.2008

Kembali ke atas