Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ru.jual] | جوروجوالک

Definisi : orang yg kerjanya menjual atau meluaskan penjualan barang dagangan sesuatu perusahaan; kejurujualan kemahiran dlm teknik me­laku­kan kerja jualan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ru.jual] | جوروجوالک

Definisi : orang yg kerjanya menjual atau meluaskan penjualan barang dagangan sesuatu perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jurujual


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
" Novel bertajuk kenangan yang ......... hasilkan itu mendapat sambutan daripada pembaca remaja,"kata jurujual itu kepada Suriati. A. anda C. kami B. mereka D. kita Soalan manakah jawapan yang betul dan kenapa.Kata Ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang (nama am) .Terbahagi kepada tiga iaitu pertama ,kedua, ketiga contohnya saya, awak dan mereka. Dalam konteks ini jawapan yang betul ialah 'anda' yang merujuk kepada kata ganti diri kedua.Tatabahasa18.02.2011
penggunaan ayat salesperson customer orientation dalam bahasa malaysiaCadangan kami ialah “Jurujual Berorentasikan Pelanggan” ,sila kemukakan konteks penggunaan frasa ini dalam ayat.Istilah29.11.2014
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan.

2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak".
Tatabahasa19.04.2012

Kembali ke atas