Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jus] | جوس

Definisi : 1. air drpd buah-buahan atau sayur-sayuran: ~ oren; 2. (Bio) cecair dlm perut atau bahagian lain tubuh yg membantu peng­ha­daman makanan: ~ usus; ~ pankreas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jus] | جوس

Definisi : air buah-buahan atau air sayur-sayuran: ~ oren. 2 ist cecair yg dikeluarkan oleh bahagian tertentu dlm badan, terutamanya yg terdapat dlm perut utk membantu penghadaman makanan: ~ usus; ~ pankreas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan terjemahan bagi perkataan 'juice cleanse/cleansing'.Cadangan kami:
Jus Detoksifikasi atau Jus Penyahtoksikan.
Walau bagaimanapun, ia bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.
Lain-lain19.02.2021
Jualan Jus Gudang Setiap Jumaat & Sabtu 9AM - 4PMPembetulan:
1. JUALAN GUDANG JUS
2. SETIAP JUMAAT DAN SABTU
3. 9 PG. - 4 PTG.
4. TEL.:
Sila buat pembetulan pada visual yang dilampirkan, setelah itu kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat DBP.
Tatabahasa07.12.2015
Apakah padanan "Jus buah biji keras" bagi "stone fruit juice" adalah berul?Cadangan yang sesuai ialah "JUS PEPAUH".Istilah17.08.2021
Saya ingin mengetahui sama ada kedua-dua ayat (1) dan (2) ini gramatis atau tidak lantaran ada yang berpendapat struktur ayat (1) itu salah. (1) Jus limau ini rasanya sungguh manis. (2) Jus limau ini sungguh manis rasanya. Terima kasih.Ayat kedua iaitu Jus limau ini sungguh manis rasanya lebih gramatis berbanding ayat pertama.Tatabahasa16.08.2017
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1a) memerah kelapa b) memerah santan 2a) memerah oren b) memerah jus oren 3a) pemerah oren b) pemerah jus oren. Terima kasih.

Jika merujuk perbuatan frasa yang betul ialah memerah kelapa dan memerah oren dan jika merujuk alat frasa yang betul ialah pemerah kelapa dan pemerah oren. Santan dan jus oren ialah hasil daripada perbuatan memerah kelapa dan memerah oren.

Tatabahasa05.09.2011
Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih.Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah

1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali
2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren
Tatabahasa08.07.2020
dalam English "Concentrated organic grape juice", diterjemahkan dalam bahasa seperti Pekatan jus anggur organik?Salam sejahtera,

Terjemahan yang sesuai untuk "Concentrated organic grape juice" ialah jus anggur organik pekat.

Terima kasih.
Makna04.01.2018
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum minum. 2. Mentol itu sudah rosak terbakar. 3. Dia menuduh syarikat itu atas masalah kontrak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum diminum.
2. Mentol itu sudah rosak.
3. Dia memfailkan saman terhadap syarikat itu atas masalah kontrak.
Tatabahasa29.08.2012
Apakah padanan bagi "concentrated vegetable juice". Adakah ia sama dengan padanan "vegetable juice concentrate".Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

vegetable juice concentrate - pekatan jus sayur
concentrated vegetable juice - jus sayur pekat

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain24.06.2021
salam sejahtera. apakah padanan terjemahan bagi perkataan "sparkling juice?" terima kasihUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk sparkling juice. Walau bagaimanapun, terjemahan untuk sparkling wine ialah wain yang membuih. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan untuk sparkling juice ialah jus yang membuih atau jus berbuih.Istilah07.11.2012
123

Kembali ke atas