Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jus] | جوس

Definisi : 1. air drpd buah-buahan atau sayur-sayuran: ~ oren; 2. (Bio) cecair dlm perut atau bahagian lain tubuh yg membantu peng­ha­daman makanan: ~ usus; ~ pankreas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jus] | جوس

Definisi : air buah-buahan atau air sayur-sayuran: ~ oren. 2 ist cecair yg dikeluarkan oleh bahagian tertentu dlm badan, terutamanya yg terdapat dlm perut utk membantu penghadaman makanan: ~ usus; ~ pankreas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIDER

Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat

daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali

sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi

5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan

dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan

penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan

menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga

yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.

Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan

bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.

Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.

UMUM 
ASID SITRIK

Asid sitrik ialah asid organik biasa yang

memberi rasa masam pada buah lemon, limau

dan buah-buahan sitrus yang lain. Jus lemon

mengandungi 6 hingga 7 peratus asid ini. Nama

sitrik berasal daripada perkataan Latin citrus yang

bermakna pokok sitron (sama dengan pokok

lemon dan pokok limau nipis). Carl Wilhelm

Scheele, ahli kimia Sweden adalah orang pertama

yang mengasingkan asid sitrik daripada jus lemon

pada tahun 1784.

UMUM 
AFID

Afid yang dikenal juga sebagai kutu tumbuh-

tumbuhan ialah serangga berbadan lembut yang

kecil yang makan jus tumbuh-tumbuhan. Banyak

jenis afid membahayakan taman, kebun, dan

tanaman ladang. Afid mempunyai badan yang

gemuk, kepala yang kecil, dan mulut yang

berbentuk tiub. Afid menggunakan tiub ini untuk

mencucuk batang tumbuh-tumbuhan atau daun

dan makan jusnya. Afid berwarna hijau, hitam,

keputih-putihan atau warna lain. Banyak jenis

afid mempunyai empat sayap. Yang lainnya tidak

mempunyai sayap.

UMUM 
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 
TEBU

Tebu ialah tumbuhan rumput yang tinggi, yang

tumbuh di negara-negara tropika dan separa

tropika. Tebu terdiri daripada batang yang tegap

setinggi lima hingga sembilan meter dan

diameternya kira-kira lima sentimetar. Batang ini

mengandungi jus bergula yang daripadanya dibuat

gula dan molas. Serat tumbuhan yang tinggal

selepas jus diekstrak biasanya dibakar sebagai

bahan api untuk menjana elektrik. Serat ini juga

boleh digunakan untuk membuat papan serat dan

kertas. Apabila tebu diperah dan ditapai, ia

menghasilkan cecair yang disuling untuk membuat

etanol, iaitu alkohol biasa yang kadangkala

digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan

bermotor.

UMUM 
MAKANAN SEJUK BEKUMakanan sejuk beku. Penyejukbekuan ialah

satu daripada cara yang terbaik untuk mengawet

makanan. Syarikat pemproses makanan

menyejukbekukan makanan seperti makanan

panggang, jus oren, daging, piza, sayur-sayuran

dan makanan pramasak lengkap. Ramai orang

menyejukbekukan makanan di rumah.

Penyejukbekuan mengawet makanan dengan

mencegah pertumbuhan mikrob yang merosakkan

makanan dan dengan melambatkan tindak balas

kimia perosak makanan. Semua makanan sejuk

beku hendaklah disimpan pada suhu –18°C atau di

bawah suhu ini.

UMUM 
PANKREAS

Pankreas ialah organ yang didapati dalam tubuh

manusia dan haiwan bertulang belakang. Organ ini

mengeluarkan jus pencernaan yang diperlukan untuk

memecahkan bahan makanan. Ia turut mengeluarkan

dua jenis hormon, iaitu insulin dan glukagon, yang

perlu untuk mengawal keseimbangan gula dan

metabolisma (lihat Metabolisme).

UMUM 
DAKWAT LIMUNAN

Dakwat limunan ialah sejenis cecair yang

digunakan untuk tujuan komunikasi sulit. Tulisan

limunan dibentuk dengan menggunakan haba atau

bahan kimia. Susu, dadih susu, larutan gula, atau

sebarang jus sayur-sayuran yang tidak berwarna

boleh dijadikan dakwat limunan. Cecair-cecair ini

berwarna coklat apabila didedahkan kepada haba

yang sederhana kuatnya agar tidak merosakkan

kertas.

UMUM 
DOGBANE

Dogbane ialah nama 11 tumbuhan yang berkaitan

rapat. Ia tumbuh di zon beriklim sederhana di utara

kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Kesemua dogbane ialah tumbuhan hijau beracun

yang mengandungi jus putih yang pahit. Tetapi ia tidak

membahayakan kerana kebanyakan haiwan meragut tidak suka

jusnya yang pahit dan tidak mahu memakannya

lagi.

UMUM 
SOW THISTLE

Sow thistle ialah nama bagi sekumpulan rumpai

yang tumbuh liar di Eropah. Sow thistle

tahunan tumbuh dari 60 sentimeter hingga 90

sentimeter tingginya dan mempunyai batang

bercabang. Ia mengandungi jus seperti

susu, dan kuntum bunganya mempunyai

gugusan bunga kecil bak dandelian berwarna

kuning pucat. Sow thistle saka mempunyai bunga berwarna kuning pekat.

UMUM 
12

Kembali ke atas