Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jus] | جوس

Definisi : 1. air drpd buah-buahan atau sayur-sayuran: ~ oren; 2. (Bio) cecair dlm perut atau bahagian lain tubuh yg membantu peng­ha­daman makanan: ~ usus; ~ pankreas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jus] | جوس

Definisi : air buah-buahan atau air sayur-sayuran: ~ oren. 2 ist cecair yg dikeluarkan oleh bahagian tertentu dlm badan, terutamanya yg terdapat dlm perut utk membantu penghadaman makanan: ~ usus; ~ pankreas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jus cogensjus cogensUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNorma undang-undang antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh keseluruhan masyarakat antarabangsa tanpa sebarang penjejasan. Jus cogens terbentuk daripada undang-undang adat antarabangsa yang merupakan salah satu sumber undang-undang antarabangsa. Dari segi hierarki sumber undang-undang antarabangsa, jus cogens berada di tempat teratas. Sekiranya jus cogens bercanggah dengan sumber undang-undang antarabangsa yang lain, maka jus cogens yang akan terpakai. Malah, sebuah triti yang melanggar jus cogens akan menjadi tidak sah. Contohnya, jika sebuah triti antara dua negara yang bertikai tentang hak milik sebuah pulau memperuntukkan bahawa pihak yang menang antara mereka dalam peperangan akan memperoleh hak milik terhadap pulau tersebut, maka triti itu dianggap tidak sah kerana bertentangan dengan norma larangan penggunaan kekerasan. Selain daripada larangan penggunaan kekerasan, contoh lain jus cogens ialah pengharaman perhambaan dan pengharaman genosid. Sinonim norma muktamad.
squeezingpemerahanHerbaTiadaKaedah mengeluarkan cecair atau jus daripada bahan herba segar. Contohnya, pemerahan jus limau kasturi dan jus pegaga.
jus tertiijus tertiiUndang-undangTiadaTiada
jus cogensjus cogensUndang-undangTiadaTiada
jus gentiumjus gentiumUndang-undangTiadaTiada
jus-liejus-liePentadbiran PerniagaanTiadaTiada
jus in personamjus in personamUndang-undangTiadaTiada
jus ad bellumjus ad bellumUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUndang-undang yang memberikan hak kepada sesebuah negara untuk menggunakan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Di bawah teori perang adil ciptaan gereja yang terpakai di Eropah selama beberapa kurun dahulu, sesebuah negara Kristian hanya boleh berperang sekiranya negara tersebut boleh memberikan kewajaran untuk berperang. Sekiranya perang tersebut tidak wajar dilakukan, maka anggota tentera Kristian yang berperang akan dianggap berdosa. Kini, Piagam PBB melarang penggunaan kekerasan kecuali dalam dua situasi sahaja, iaitu untuk tujuan pertahanan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sesebuah negara yang menggunakan kekerasan terhadap negara lain bagi tujuan menakluk wilayah negara tersebut, ia dianggap sebagai melanggar Piagam PBB. Negara yang diserang tersebut mempunyai hak yang diiktiraf oleh Piagam PBB untuk menggunakan kekerasan sebagai satu cara untuk mempertahankan diri.
jus in bellojus in belloUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLihat undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
au jusau jusPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan yang dihidang bersama jusnya yang asal contohnya daging panggang berjus.
12345678910...

Kembali ke atas