Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jus.so.li] | جوس سولي

Definisi : (Udg) hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran di negara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jus soli


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
home affairs policydasar dalam negeriPentadbiranTiadaPeraturan asas yang menyentuh tentang hal ehwal dalam negara khususnya yang berkaitan dengan keselamatan, keamanan dan kewarganegaraan. Dasar dalam negeri menyentuh tentang bagaimana keterbukaan politik sesebuah negara, kedudukan jus soli, pendatang asing, pelancong dan sebagainya. Dasar ini boleh bersifat terbuka atau tertutup mengikut kerajaan yang memerintah dan sangat terkawal rapi khususnya bagi negara yang begitu sensitif dengan persoalan keselamatan negara.
nationalitykerakyatanSains PolitikPolitik PerbandinganStatus kewarganegaraan yang dimiliki oleh seseorang dalam sesebuah negara. Status ini membezakan seseorang itu dengan pelancong, pendatang yang sah dan tidak sah, pelarian dan pemohon suaka politik. Dengan status kewarganegaraan, seseorang itu layak mendapat hak seperti yang sewajarnya diterima oleh seorang warganegara seperti hak mengundi, dilindungi oleh kerajaan dan pelbagai jenis pembiayaan seperti persekolahan, kesihatan dan kebajikan. Status warganegara boleh diperoleh melalui beberapa cara seperti melalui jus soli atau menjadi warganegara apabila lahir di negara tersebut atau melalui permohonan secara perundangan dan penganugerahan oleh sesebuah negara atas kepakaran yang dimiliki.
naturalizationpewarganegaraanSains PolitikPolitik PerbandinganLangkah menerima orang asing atau pendatang sebagai warganegara. Proses ini berlaku apabila pendatang memohon menjadi warganegara. Syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang memohon menjadi warganegara ialah seperti telah bermastautin untuk beberapa tahun, boleh berucap bahasa tempatan dan sanggup memberi kesetiaan kepada negara yang dipohon. Cara pewarganegaraan ini berbeza dengan cara jus soli atau menjadi warganegara secara automatik kerana lahir di negara tersebut. Contohnya Amold Schwarzenegger yang berasal dari Austria telah menjadi warganegara Amerika Syarikat melalui cara pewarganegaraan. Lihat juga kerakyatan.

Kembali ke atas