Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
justeru (kata tugas)
1. Bersinonim dengan senyampang: oleh itu, terlanjurkan, kebetulan, tepat, kena benar,

2. Bersinonim dengan malahan: bahkan, lebih-lebih lagi.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat malam, 1. Adakah semua ayat berikut merupakan ayat pasif ? a) Mereka kehausan. b) Bajunya belum berbasuh lagi. c) Dia ketandusan kasih sayang. d) Dia bekerja di kilang kasut. 2. Adakah penanda wacana "justeru / justeru itu" masih relevan untuk digunakan pada permulaan ayat ?Ayat (a), (b) dan (c) ialah ayat pasif manakala ayat (d) ialah ayat aktif. Penanda wacana yang betul ialah "justeru".Tatabahasa21.01.2010
1- Penggunaan perkataan DENGAN & DAN… *Bolehkah perkataan DENGAN & DAN digunakan pada permulaan ayat? 2- Penggunaan justeru *Justeru atau justeru itu…. Yang manakah lebih tepat penggunaannya? 3- Oleh yang demikian • Oleh yang demikian atau oleh hal yang demikian, yang sesuai digunakan? 4- Bersama dan bersama-sama • Saya bersama Ali pada ketika ini. • Saya bersama-sama dengan Ali pada ketika ini *Adakah ayat yang digunakan tersebut betul, dan apakah perbezaan antara kedua-duanya?

1. Dengan boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ..., manakala dan berfungsi untuk menghubungkan dua klausa atau lebih, oleh itu dan tidak digunakan di permulaan ayat.

2. Penggunaan yang lebih tepat ialah justeru.

3. Penggunaan yang paling sesuai ialah oleh yang demikian.

4. Yang paling tepat ialah bersama dengan atau bersama-sama.

Tatabahasa17.04.2009
Bolehkah jika menggunakan 'sebagai akibat' dan 'justeru itu'?

Yang betul ialah "akibat" atau "akibatnya" mengikut konteks penggunaan perkataan itu dalam ayat. Bagi  "justeru itu", yang betul ialah "justeru" yang bermaksud malahan atau bahkan.

Tatabahasa02.03.2009
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i".1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 
2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi.  
3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 
4. Sementelah dan sementelahan.
5. Justeru.
6. ... kita akan dapat ...  
7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 
8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 
9. Kita haruslah dan kita seharusnya 
10. Keistimewaan alam semula jadi 
11. Mempertingkatkan 
12. Memperbaik
13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177.
Tatabahasa29.10.2012
Penggunaan frasa justeru itu, apakah sebab frasa ini tidak boleh digunakan?

Menurut data kami, perkataan "Justeru" mempunyai dua makna. 1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Contohnya "Sekali-sekali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". Penggunaan "justeru itu" tidak digunakan keranan lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu. Berdasarkan makna tersebut, memadai justeru dan bukannya justeru itu.

Makna30.09.2016
A'KUM...ADA RAKAN SAYA MEMBERITAHU SAYA PENGGUNAAN JUSTERU ITU SUDAH BOLEH DIGUNAKAN BERBANDING SEBELUM INI YANG HANYA MENGGUNAKAN PERKATAAN JUSTERU SAHAJA. BETUL KE?? terima kasihMakna justeru ialah malahan, bahkan, kebetulan. Oleh itu memadai dengan justeru (selepas itu bubuh tanda koma), bukan justeru itu.Tatabahasa11.05.2007
salam, saya ingin bertanya. yang manakah ayat yang betul? Justeru itu, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, setelah itu pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik atau Justeru itu, pihak kerajaan perlulah menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, kemudian pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik

Justeru, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur yang harus diikuti untuk pendaftaran kewarganegaraan bagi wanita yang mahu berkahwin dengan warga asing. Jika/sekiranya pihak Jawatankuasa Antarabangsa tidak menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik.

Ejaan03.04.2019
"justeru atau justeru itu" yang mana penanda wacana atau kata hubung? tolong beri penjelasan.Ungkapan yang betul ialah justeru dan ia merupakan penanda wacana.Tatabahasa04.09.2007
Selamat pagi, bolehkah saya tanya tentang perbezaan justeru dan justeru itu? Adakah perkataan justeru boleh digunakan pada permulaan ayat atau hanya di tengah-tengah ayat?Makna justeru ialah malahan, bahkan, kebetulan. Oleh itu memadai dengan justeru, bukan justeru itu. Justeru boleh digunakan dipermulaan ayat atau di tengah-tengah ayat mengikut konteks ayat.Tatabahasa23.07.2019
Saya ingin tahu penggunaan "justeru"... Dalam awal penulisan, contoh : 1. Justeru itu, Pegawai hendaklah menyiapkan laporan dalam tempoh... 2. Justeru, Pegawai hendaklah ..... Soalan : apa perbezaan "justeru itu" dan "justeru" Terima kasih
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu. Oleh itu kata justeru telah memadai dan diikuti dengan tanda koma. Berdasarkan makna tersebut memadai dengan justeru, bukan justeru itu.
Tatabahasa16.08.2013
12345678910...

Kembali ke atas