Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ta] | جوتا

Definisi : seribu ribu (1 000 000); berjuta, berjuta-juta beberapa juta; jutaan berjuta-juta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ta] | جوتا

Definisi : seribu ribu (1,000,000). berjuta-juta beberapa juta. jutawan orang yg kaya dan mempunyai wang atau harta yg nilainya berjuta-juta ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa?

Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian.

Contoh:

1.     RM1 juta

2.     RM1 000 000.00

Ejaan11.03.2020
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang bagaimana menulis satu bilion dalam bentuk angka? sekian terima kasih.Satu bilion ialah satu juta juta, ditulis  1,000,000,000,000.Ejaan18.08.2015
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang bagaimana pa menulis 6.1 bilion dalam bentuk angka? bunga selasih bunga kantan, terima kasih kepada tuan/puan. sekian terima kasih.Jawapan yang diberi sebelum ini adalah berkaitan. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan menakrifkan bilion sebagai juta juta, iaitu mengandungi 12 angka sifar (1 000 000 000 000). Itulah juga sistem yang digunakan dalam Matematik. Walau bagaimanapun setelah disemak penggunaan dalam istilah juga kepada pihak yang berwenang dalam hal ini (Bank Negara Malaysia), bilion ditakrif sebagai ribu juta, iaitu mengandungi sembilan angka sifar (1 000 000 000). Maka 6.1 bilion ditulis 6 100 000 000.Tatabahasa18.08.2015
Ayat-ayat berikut yg mana betul? Tolong membuat penerangan. Thank you ! 1) Adakah puluh / ratus / ribu / juta merupakan penjodoh bilangan? a) Dua juta orang rakyat Malaysia Dua juta rakyat Malaysia b) Berpuluh-puluh bakul Berpuluh-puluh buah bakul j) I satu suku sudu garam atau satu sudu suku garam? II satu perempat biji epal atau satu biji perempat biji epal? k) I sebahagian daripada murid-murid dari kelas II sebahagian daripada murid dari kelas III sebahagian daripada pelajar-pelajar dari kelas IV sebahagian daripada pelajar dari kelas V sebahagian daripada peniaga-peniaga VI sebahagian daripada peniaga VII sebahagian daripada pemuda-pemuda VIII sebahagian daripada pemuda

Perkataan puluh, ratus, ribu dan juta merupakan kata bilangan. Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2009
1. berjuta kali atau berjuta-juta kali ? 2. beribu orang atau beribu-ribu orang ? 3. setinggi tahniah atau setinggi-tinggi tahniah ?

1. Berjuta dan berjuta-juta sama maknanya, iaitu beberapa juta. Begitu juga dengan  beribu dan beribu-ribu.

3. Yang betul ialah setinggi-tinggi tahniah (setinggi bermaksud sama tinggi).

Tatabahasa16.09.2010
perkataan juta diambil dari bahasa apa...Juta berasal  daripada bahasa Sanskrit.Lain-lain04.07.2008
berjauta-juta ialah kata kerja atau kata apa? tqBerjuta-juta merupakan kata bilangan yang menjadi penerang pada frasa nama yang hadir sebelum frasa tersebut.Tatabahasa01.08.2013
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasihSatu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat.Tatabahasa21.04.2010
Salam sejahtera, "WHO telah mengagihkan 1.5 juta ujian makmal di seluruh dunia" atau "WHO telah mengagihkan 1.5 juta ujian makmal ke seluruh dunia"? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih.
Kedua-dua ayat tersebut betul. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "ke" juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa.
Tatabahasa01.04.2020
12345

Kembali ke atas