Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ḥa]/[ḥaʔ] | كي-ايکونومي

Definisi : ekonomi yg berasaskan pengeta­huan, iaitu penggunaan ilmu dan teknologi yg lebih intensif dan meluas dlm semua sektor ekonomi serta dlm pengurusan awam dan korporat: dlm usaha negara menuju ke arah ~, tentu sekali perbelanjaan kerajaan dlm memajukan sektor IT akan bertambah secara berterusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ḥa]/[ḥaʔ] | كي-ايکونومي

Definisi : /k-ékonomi/ ekonomi yg berasaskan pengetahuan, iaitu penggunaan ilmu dan teknologi yg lebih intensif dan meluas dlm semua sektor ekonomi serta dlm pengurusan awam dan korporat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata k-ekonomi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DEFINISI KEMELUT,DEFINISI KEMELUT ALAM SEKITAR,EKONOMI,SOSIALUntuk melihat makna perkataan layari www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari di ruangan Carian Spesifik seperti makna kemelut boleh dilihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemelut.Makna08.02.2012
Adakah 'leverage trading' diterjemahkan sebagai 'perdagangan leveraj'? adakah penggunaan perkataan 'leveraj' betul dalam bidang ekonomi?Dalam data kami,tiada padanan khusus bagi leverage trading. Walau bagaimanapun,  terdapat istilah financial leverage yang bermaksud keumpilan kewangan. Kami mencadangkan perdagangan keumpilan bagi istilah leverage trading. Puan boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=leverage dan merujuk istilah Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan25.07.2014
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memaju­kan ~ antara negara-negara yang sedang maju;


Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang.

Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial .
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Salam sejahtera! Bolehkah perkataan "volum" disamakan dengan maksud kelantangan bunyi/suara (volume)? Sekian, terima kasih!Perkataan "volum" digunakan dalam bidang Ekonomi, Perniagaan atau Perakaunan yang membawa maksud banyak atau kuantiti sesuatu dagangan, manakala menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "volume" (berkaitan bunyi) bersinonim dengan "sound" dan  tidak perlu diterjemahkan (loudness of sound, not translate). Namun, sekiranya perlu, kami mencadangkan perkataan ini diterjemahkan sebagai "bunyi kuat atau perlahan" bergantung pada konteks penggunaannya.Makna02.01.2021
Boleh terangkan perbezaan penggunaan tanda sempang (-) dengan titik bertindih (:). Jika tanda ini digunakan, adakah perkataan berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar?Tanda sempang paling banyak digunakan dalam kata ganda, selain berfungsi untuk menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan (k-a-m-p-u-n-g), memisahkan angka yang berbeza fungsi dan menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat (Anglo-China) dan perkataan yang mengikutnya tidak perlu dimulakan dengan huruf besar kecuali nama khas. Manakala titik bertindih digunakan untuk memperkenalkan atau menambah keterangan (Prinsip hidup saya senang sahaja:Tekun dan Ikhlas) dan kata yang mengikutinya bermula dengan huruf besar, memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan (Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan), memisahkan nombor surah daripada nombor ayat al-Quran (al-Baqarah 2:29), memisahkan nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid (Ensiklopedia Pelajar 2:5), menunjukkan nisbah (12:12).Ejaan12.09.2008
Salam 1Malaysia. Saya ingin memohon kepastian sama ada penggunaan perkataan "agen perubahan sosialisasi masyarakat" dalam ayat berikut sesuai digunakan atau ada ayat lain yang pihak tuan cadangkan. Terima kasih. Contoh ayat. Untuk mencapai status negara maju, guru memainkan peranan penting untuk membawa murid dan masyarakat setempat keluar dari belenggu kemiskinan. Oleh itu, sebagai agen perubahan sosialisasi masyarakat, guru perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertentu supaya murid-mudid dapat pelbagai dimensi pendidikan iaitu literasi asas, literasi bahasa, literasi budaya, literasi sosial, literasi ekonomi, literasi politik, literasi agama, dan literasi intelektual.Lihat maksud sosialisasi dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sosialisasi, dan perkataan sosialisasi tidak dapat difahami dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis.Lain-lain06.12.2015
1. Mohon penjelasan tentang perbezaan penggunaan 'ke' dan 'kepada'. 2. Juga tentang perbezaan penggunaan 'dari' dan 'daripada'. 3. Betulkan penggunaan perkataan 'mengenai' hanya boleh digunakan untuk ayat yang membawa maksud kena dan tidak lagi boleh digunakan untuk membawa maksud tentang? Contoh: Tembakan penjenayah itu mengenai dada pengawal keselamatan. 4. Singkatan perkataan selalunya ditulis dengan titik, contoh salinan kepada ditulis s.k. Mengapakah perkataan yang berbahagia dato di tulis YBhg Dato' (tanpa titik)?

1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh:

i. Mereka akan ke Kuantan esok

ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. 

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh:

i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu

ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan

iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

2. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contoh:

i. Angin bertiup kencang dari arah selatan

ii. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi

iii.Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya

ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu

iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.

 3. Perkataan "mengenai" boleh bersilih ganti penggunaannya dengan kata sendi nama "tentang" walaupun sebenarnya perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja  yang membawa maksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaannya perlu melihat konteks ayat. Contoh ayat yang saudara kemukakan itu, perkataan yang betul dan tepat ialah mengenai, bukan kata sendi nama tentang kerana jika ditukar perkataan mengenai kepada tentang, ayat itu tidak mempunyai makna.          

Untuk keterangan lanjut tentang kata sendi nama ke, kepada, dari, daripada, dan tentang, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.    

4. Ejaan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia ditulis sebagai YBhg. (ada tanda titik) bukan YBhg

Tatabahasa18.02.2010

Kembali ke atas