Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep kaki sbg unit ukuran (12 inci). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ka


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata penguat. Adakah betul kata penguat boleh hadir bersama di hadapan dan dibelakang kata adjektif. Terdapat kekeliruan di dalam beberapa buah buku. KB KP KA KA KP 1 sudah - kurus - - 2 - amat dalam - - 3 masih agak kecil - - 4 - - panjang - 5 sangat 6 sudah - tua - 7 betul 8 - amat besar - 9 sekali 10 - - kaya raya - 11 masih - tinggi lampai - Antara contoh di atas, yang manakah yang salah. Terima kasih.Kata pebguat merupakan bentuk kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif untuk menguatkan makna adjektif itu. Contohnya : "sungguh" dalam Pahlawan itu sungguh berani, "amat" dalam Suaranya amat merdu, benar dalam Malam ini gelap benar. Bagi membantu saudara menyelesaikan permasalahan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. Penerangan terperinci mengenai bahan yang diperlukan terdapat dalam buku ini.Tatabahasa26.07.2007
apakah yang dikatakan dengan darjah penghabisan kata adjektif?Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244 menerangkan tentang penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan yang boleh dilakukan melalui enam cara, iaitu:
i. se- + KA + gandaan + KN
ii. ter- + KA
iii. paling + KA
iv. KA + sekali
v. ter + amat/sangat + KA
vi. amat/sangat/sungguh + KA + sekali
Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan.
Tatabahasa10.03.2013
Saya kareemah ka'do. Sedang berlajar Universiti fatoni kelas dasar ingin bertanya : tentang asal usul perkataan "kedurjanaan" apakah artinya dan contoh dalam Ayat. Terima kasihKata ‘durjana’ mempunyai 2 maksud iaitu, 1. jahat dan 2. derhaka. ‘kerdurjaan’ ialah perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian, contoh ayat: kekotoran dan kedurjaan hatinya sudah pun terdedah. Makna25.09.2014
Salam, "makanan" dibatangkan "ma+ka+nan" atau "ma+kan+an"?Jawapan yang betul ialah ma+ka+nanLain-lain30.03.2022
Bagaimanakah cara untuk batangkan suku kata bagi perkataan "makanan" dan ? Adakah "ma + kan + an" atau " ma + ka + nan" ?Membatangkan suku kata makanan ialah ma.kan.an. manakala membatangkan mengikut sebutan ialah ma.ka.nan.Ejaan24.10.2013
Assalamualaikum, Apakah maksud "serkit2 tali-gerap", ayat penuh "Sharikat Cable dan Wireless Berhad dahulu-nya telah menjalankan segala serkit2 taligerap dari Iuar negeri yang penting ka-Singapura dan daripada Negeri Singapura ka-luar negeri sa-belum 1 haribulan Januari, 1965 dan ada-lah mustahak bagi kepentingan Negara semua perkhidmatan2 luar negeri itu di-letakkan dalam kawalan Kerajaan betul2." Ayat diambil dari Penyata Parlimen bertarikh 26 May 1965.Tiada maklumat tentang serkit2 tali-gerap dalam pangkalan data kami, juga tiada maklumat lain yang dapat membantu melalui carian di Google.Lain-lain17.04.2019
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih.

Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah:

1. me/nye/dia/kan
2.pa/kaian
3.ja/ngan
4. men/de/ngar
5. te/ngah
6. me/nye/pak
7. de/ngar
8. me/ngam/bil
9. me/nyim/pan
10. per/mai/nan
11.de/ngan
12. mem/pu/nya/i
13. me/nyen/tuh
14. me/na/ngis

Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut.

 

 

Tatabahasa28.04.2010
minuman = mi + nu + man hadiah = ha + diah pertukaran = per + tu + ka + ran yang ditulis di atas tu ialah suku kata ke? ada orang cakap patut tulis macam ini:- minuman = mi + num + an hadiah = ha + di + ah pertukaran = per + tu + kar + an jadi macam mana ni?Pemisahan suku kata yang betul adalah seperti yang berikut:
1. mi-num-an
2. per-tu-kar-an
3. ha - di - ah

Sebutan yang betul adalah seperti yang berikut:
1. mi-nu-man
2. per-tu-ka-ran
3. ha-diah
Ejaan04.10.2013
Salam. Pan Borneo Sabah. Sebutan pan tu pan ka atau pen? Terima kasih.Sebutan pan (misalnya dalam Pan Borneo Sabah) dalam bahasa Melayu ialah [pan].






.
Lain-lain20.09.2023
DBP bolih membantu dan menerbit peterjemahan buku dari Bahasa Inggeris ka[ada Bahasa Melayu dan Bahasa lain?Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan menterjemah buku daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau bahasa lain. Mohon berhubung dengan Persatuan PenterjemahMalaysia (03-92262506) atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) (03-41451800).Lain-lain16.01.2018
12345

Kembali ke atas