Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangunan suci berbentuk kiub yg terletak di tengah-tengah kota Mekah yg menjadi kiblat solat dan tempat bertawaf umat Islam pd waktu menunaikan ibadah haji dan umrah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bangunan batu yg berbentuk kubus di dlm Masjidilharam di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaabah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah suku kata yang betul bagi perkataan Kaabah? i) Ka a bah ii) Kaa bahMenurut data kami ejaan yang betul ialah Kaabah. Untuk maklumat lanjut, sila layari kaabah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kaabahEjaan17.12.2015
Berdasarkan soalan yang saya kemukakan semalam, pihak tuan tidak menjawab soalan saya. Saya bertanya tentang suku kata tetapi pihak tuan menjawab tentang ejaan. Saya mahu tahu perkataan Kaabah terdiri daripada berapa suku kata? Dua suku kata atau tiga suku kata. Bagaimanakah mahu mengenal pasti pembahagian suku kata ini bagi perkataan yang mempunyai vokal berganding. Harap pihak tuan dapat menjawab soalan saya ini. Terima kasih.Perkataan Kaabah mempunyai dua suku kata. Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Lain-lain18.12.2015

Kembali ke atas