Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangunan suci berbentuk kiub yg terletak di tengah-tengah kota Mekah yg menjadi kiblat solat dan tempat bertawaf umat Islam pd waktu menunaikan ibadah haji dan umrah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bangunan batu yg berbentuk kubus di dlm Masjidilharam di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaabah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
al-mu‘allaqahal-mu‘allaqahKesusasteraanTiada

Puisi bertintakan emas yang digantung di dinding Kaabah pada zaman Jahiliah. Tujuh orang penyair al-mu‘allaqah yang terkenal ialah Imru’ al-Qays, Zuhayr ibn Abi Sulma, al-Nabighah al-Dhubyani, al-A‘sha, Lubayd ibn Abi Rabi‘ah, ‘Amr ibn Kulthum dan Tarafah ibn al-‘Abd. Sesetengah pengkaji menyatakan bahawa jumlah penyair al-mu‘allaqah ialah 10 orang, ditambah tiga orang penyair, iaitu al-‘Absi, `Ubayy al-Abras, dan al-Harith ibn al-Hilizzah. Al-mu‘allaqah dikenali juga sebagai al-mudhahhabat.


Kembali ke atas