Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ba] | کاب

Definisi : ark Mn cerita, dongeng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaba


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KABA MINANGKABAU

KABA MINANGKABAU, satu bentuk sastera lisan Minangkabau, Secara etimologis perkataan kaba berasal daripada bahasa Arab “khabarun” yang bererti berita, warta atau khabar. Dalam perkembangannya kemudian, kaba tidak lagi berupa berita, tetapi merupakan cerita. Kaba berbentuk lirik prosa, berirama dan bermatra. Lirik kaba pula biasanya terdiri 8, 9 dan 10 suku kata.

SASTERAKarya
KABA

KABA, cerita lipur lara Minangkabau. Kaba berasal daripada perkataan khabar atau berita. Kaba juga mungkin ada dalam hubungan bakaba (memberitakan sesuatu). Namun dengan menukarkan abjad ‘b’ dengan ‘c’, perkataan tersebut berubah menjadi ‘ menceritakan sesuatu’, dan ini sesuai dengan hakikat kaba yang dikenali kini.

SASTERATokoh
RAJA ALAM

RAJA ALAM (? - ?), pemerintah Minangkabau pada abad ke-16. Raja Alam juga dikenal sebagai Yang Dipertuan Sakti. Berdasarkan Kaba Cindo Mato iaitu teks tradisional Minangkabau, terdapat tiga orang pemerintah Minangkabau, dan setiap seorang menguasai kawasan perlombongan emas. Raja Ibadat bersemayam di Sumpur Kudus, Raja Alam bersemayam di Pagarruyung dan Raja Adat bersemayam di Buo, di Sungai Sinamar. Mereka ini bergelar Raja nan Tigo Selo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SIJOBANG

SIJOBANG, cerita rakyat (kaba) Minangkabau di daerah Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia.  Nama cerita ini berasal daripada nama tokoh utamanya, Si Jobang Sati, yang lebih dikenali sebagai Anggun nan Tungga.  Cerita sijobang dipercayai sudah wujud semenjak tahun 1855 berdasarkan naskhah yang ditemui yang mencatatkan tarikh tersebut.  Cerita sijobang pernah dibukukan, tetapi di Sumatera Barat ia lebih dikenal sebagai cerita lisan yang didendangkan pada majlis perkahwinan.  Cerita Anggun nan Tungga juga dipersembahkan dalam bentuk randai.

SASTERAKarya
RAJA ADAT

RAJA ADAT, gelaran pemerintah Minangkabau, pada abad ke-16. Berdasarkan Kaba Cindua Mato iaitu teks tradisional Minangkabau, terdapat tiga orang pemerintah Minangkabau, dan setiap seorang menguasai kawasan perlombongan emas. Raja Ibadat bersemayam di Sumpur Kudus, Raja Alam bersemayam di Pagarruyung dan Raja Adat bersemayam di Buo, di Sungai Sinamar. Ketiga-tiga pemerintah ini dikenal sebagai Raja nan Tigo Selo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SYARIF SUKKAR

SYARIF SUKKAR (1919-1991), ahli politik. Beliau lahir pada 17 Februari 1919 di Bandar Kaba, Melaka. Ayahnya Sukkar bin Haji Abdul Rahman ialah pengikut fahaman Kaum Muda. Syarif Sukkar mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu sejak tahun 1926. Pada tahun 1929, beliau melanjutkan pelajarannya di Bandar Hilir English School dan seterusnya di High School, Melaka (1932-1936). Beliau lulus dalam peperiksaan Senior Cambridge.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUNGAI MUSISUNGAI MUSI, sungai terbesar dan utama di Sumatera Selatan,  Indonesia.  Panjang sungai ini adalah lebih kurang 520 km dengan kawasan lembangan seluas 61 250 km persegi.  Sungai ini berpunca dari Banjaran Bukit Barisan di barat berhampiran gunung berapi Kaba di Bengkulu.  Laluannya di tenggara dan ke timur laut, merentangi banjaran gunung di daerah hulu Palembang sehingga ke kaki bukit di Tebing Tinggi.  Sungai ini mengalir keluar ke Selat Bangka melalui empat pelabuhan iaitu Sali, Ogan, Sungsang (Soensang) dan Pontian.  Pada musim hujan, kapal-kapal boleh memudiki sungai ini sehingga ke pertembungan Sungai Lematang, iaitu cawangannya di hilir.  Jarak Sungai Lematang ke laut ialah sejauh 270 m.  Sungai Musi bersama-sama dengan Sungai Ogan dan Sungai Komering bertembung di Palembang dan kawasan Pladju oleh beberapa cawangan sungai yang kecil.  Sungai Musi yang dalam membolehkan kapal-kapal besar melaluinya tetapi di Sungsang, airnya lebih cetek.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PUTERI JAMILANPUTERI JAMILAN,  gelaran yang dipusakai turun-temurun dan dipegang oleh bonda permaisuri Pagarruyung dan Suruasso di Minangkabau, Sumatera, Indonesia.  Melalui gelaran Puteri Jamilan inilah kedua-dua takhta kerajaan ini disahkan.  Gelaran Puteri Jamilan diwariskan daripada emak kepada anak perempuan yang sulung.    Berdasarkan sumber dari Eropah pada abad ke-17 dan ke-18, gelaran Puteri Jamilan menyamai gelaran “Bundo Kanduang’ (bonda kandung) dalam cerita Minangkabau yang terkenal iaitu Kaba Cindo Mato.  Kedua-duanya adalah bonda kepada raja Pararruyung dan status mereka adalah lebih tinggi daripada anak lelaki mereka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
CERITA LIPUR LARA

CERITA LIPUR LARA, sastera rakyat berbentuk cerita yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi lain melalui bentuk lisan. Cerita lipur lara terkenal sebelum ini sebagai cerita penglipur lara kerana cerita ini dituturkan oleh seorang tukang cerita yang dipanggil penglipur lara. Istilah ini lahir daripada tugas yang dilekatkan kepada pencerita cerita ini kerana diharapkan cerita tersebut akan menghiburkan hati yang duka lara dan menimbulkan kegembiraan. Penglipur lara juga dikenal sebagai Tuk Selampit, Awang Belanga, Tukang Kaba dan sebagainya, mengikut daerah masing-masing dan juga alat bunyian yang digunakan untuk mengiringi penceritaan.

           

SASTERAKonsep

Kembali ke atas