Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bel] | کابل

Definisi : 1. tali yg tebal dan kuat yg diperbuat drpd sejumlah dawai yg dipintal; 2. berkas dawai bertebat yg digunakan sbg pembawa mesej telegraf dsb; ~ sepaksi sj kabel utk menghantar isyarat frekuensi radio; pekerja ~ orang yg kerjanya memasang kabel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bel] | کابل

Definisi : 1 dawai besar yg kuat (terdiri drpd beberapa serat dawai yg lebih halus) utk menambat kapal, menyokong jambatan dll: kereta ~ pengangkut atau kereta yg digunakan utk turun naik bukit (dijalankan dgn kabel dan enjin). 2 gabungan dawai yg tertebat atau bersalut yg ditanam (di bawah permukaan bumi) atau dipasang di dasar laut utk perhubungan telefon atau telegraf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KABEL RENTAS ATLANTIK

Kabel rentas Atlantik lihat Kabel.

UMUM 
KABEL

Kabel ialah unit ukuran nautika. Ia biasanya dikenali

sebagai panjang kabel kerana pada masa dahulu, ia

merupakan anggaran ukuran panjang kapal atau

rantai sauh.

UMUM 
KABEL SEPAKSI

Kabel sepaksi ialah pengalir elektrik yang terdiri

daripada dawai pengaliran bertebat pusat yang

dikelilingi oleh perisaian pengaliran berbentuk tiub

yang fleksibel. Kabel jenis ini diistilahkan sepaksi

kerana pengalir pusat dan perisaian luar mempunyai

paksi yang sama.

UMUM 
KERETA KABEL UMUM 
ANTIMONI

Antimoni, unsur kimia, ialah logam yang rapuh,

berwarna putih kebiru-biruan. Ia digunakan untuk

mengeraskan dan menguatkan plumbum. Aloi

antimoni – plumbum digunakan dalam sesetengah

kabel elektrik, bateri, dan logam huruf taip dalam

percetakan. Sebatian yang mengandungi antimoni

digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang

digunakan dalam peti sejuk, penyaman udara,

penyembur aerosol, cat, dan agen pengalis api.

UMUM 
SAN FRANCISCO

San Francisco , California, ialah salah sebuah

bandar yang paling menarik di dunia dan

merupakan pusat kebudayaan, kewangan dan

perindustrian yang utama di Amerika Syarikat.

Kereta kabel yang bertentangan, pekan China yang

mempesonakan, dan bukit-bukaunya memberikan

bandar ini daya tarikan yang khusus. Keindahan

alam San Francisco serta iklimnya yang sederhana

juga membantu memberikan bandar ini reputasi

sebagai “bandar kegemaran Amerika.” Bandar ini

menarik lebih kurang tiga juta pelancong setiap

tahun.

UMUM 
SAUH

Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk

menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh

yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli.

Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh,

dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada

kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air,

ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan

kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar

membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini

mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin

hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh

dari air

UMUM 
AZORES

Azores ialah sekumpulan sembilan buah pulau

yang menjadi kepunyaan Portugal. Ia terletak di

Lautan Atlantik Utara, lebih kurang 1300 kilometer

di barat Portugal. Pulau-pulau ini berada dalam

jalan udara dan kabel yang menghubungkan

Eropah dan Amerika. Pulau-pulau ini meliputi 2344

kilometer persegi dan panjang garis pantainya

ialah 515 kilometer. Kira-kira 249 500 orang tinggal

di kepulauan Azores. Orang keturunan Azores,

lebih ramai tinggal di Amerika daripada Azores.

Bandar utama bagi Azores ini ialah Ponta Delgada,

di Pulau Saõ Miguel.

UMUM 
KELVIN, LORD

Kelvin, Lord (1824–1907) atau nama sebenarnya

William Thomson adalah salah seorang daripada

ahli fizik British yang terkemuka pada tahun 1800–an.

Kelvin telah menerbitkan 661 kertas kerja mengenai

pelbagai subjek saintifik dan dia mempatenkan 70

rekaannya. Kelvin dianugerah darjah kesusasteraan

oleh Ratu Victoria kerana usahanya sebagai jurutera

elektrik yang bertanggungjawab memasang kabel

transatlantik yang pertama pada tahun 1866.

UMUM 
SALEM

Salem (pend. 38 264) ialah bandar di

Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini

merupakan salah sebuah bandar yang penuh

sejarah di New England serta tempat pengadilan

tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar

tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri

kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel,

mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan

keluaran kulit.

Salem State College terletak di Salem. Banyak

rumah yang bersejarah terletak di bandar ini

termasuk rumah tempat lahir Nathaniel

Hawthorne dan House of Seven Gables.

UMUM 
12

Kembali ke atas