Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bel] | کابل

Definisi : 1. tali yg tebal dan kuat yg diperbuat drpd sejumlah dawai yg dipintal; 2. berkas dawai bertebat yg digunakan sbg pembawa mesej telegraf dsb; ~ sepaksi sj kabel utk menghantar isyarat frekuensi radio; pekerja ~ orang yg kerjanya memasang kabel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bel] | کابل

Definisi : 1 dawai besar yg kuat (terdiri drpd beberapa serat dawai yg lebih halus) utk menambat kapal, menyokong jambatan dll: kereta ~ pengangkut atau kereta yg digunakan utk turun naik bukit (dijalankan dgn kabel dan enjin). 2 gabungan dawai yg tertebat atau bersalut yg ditanam (di bawah permukaan bumi) atau dipasang di dasar laut utk perhubungan telefon atau telegraf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electrical harnessabah-abah elektrikAeroangkasaTiadaTalian dan kabel-kabel yang menyalurkan kuasa elektrik atau isyarat-isyarat yang diperlukan oleh bahagian-bahagian pesawat.
radial systemsistem jejarianKejuruteraanTiadaSistem pengagihan yang melibatkan kabel-kabel yang menjejari keluar daripada stesan penjanaan atau pembekalan.
cable sizesaiz kabelTeknikElektrikUkuran luas muka keratan rentas pengalir dalam kabel, biasanya dinyatakan dalam milimeter persegi atau dinyatakan dengan bilangan lembar dan diameter setiap lembar. Misalnya, kabel-kabel PVC 1.0 mm2 menyamai 1/1.13, iaitu 1 ialah bilangan pengalir dan 1.13 ialah diameter setiap dawai.
non-draining cablekabel tak bersaliranTeknikElektrikKabel berpenebat kertas bersarung plumbum yang terisi tepu dengan damar pejal yang tidak mudah mencair di sepanjang suhu kendalian kabel ini. Kabel jenis ini menggantikan kabel lama yang menggunakan minyak galian yang mudah mengalirkan bahan isi tepunya. Kabel ini disebut juga sebagai jisim terisi tepu tanpa bersaliran.
cable traydulang kabelTeknikElektrikTempat pemasangan kabel yang biasanya dibuat daripada logam berlubang dengan tepinya bertepinya berlipat ke atas dan tidak bertutup. Dulang kabel ini menjadi penyokong kabel agar kabel tidak jatuh atau berjuntaian.
cable sheathsarung kabelTeknikElektrikBahagian kabel yang dibuat daripada penebat atau logam. Penebat yang biasa digunakan sama seperti penebat kabel, tetapi logam yang digunakan ialah aluminium, kuprum atau plumbum. Sarung kabel digunakan utamanya untuk memberi perlindungan mekanik, lembapan atau bahan kimia kepada kabel. Sarung kabel jenis logam kadangkala digunakan juga sebagai pengalir bumi, dan ada juga sarung kabel yang dibuat daripada jaringan dawai yang digunakan untuk voltan amat rendah, seperti kabel pada sistem siaran radio.
sagkelendutanMekanikGunaan1. (bagi kabel) jarak tegak di antara titik sokong kabel dengan titik paling rendah pada kabel itu. Kabel mempunyai dua nilai kelendutan jika titik sokong dua hujungnya berada pada aras mengufuk yang berbeza. 2. (bagi tali sawat) Perbezaan di antara kedudukan sebenar tali sawat dengan garis lurus yang menghubungkan titik-titik sentuh pertama pada kapi pemacu dan kapi pengikut. Kelendutan biasanya berlaku apabila tali sawat berat digunakan untuk pemacuan mengufuk yang jaraknya besar.
cable glandsesendal kabelTeknikElektrikPemasangan kabel bawah tanah sebelum memasuki kotak atau peralatan. Dengan adanya alat ini, kabel seolah-olah diskrukan pada kotak peralatan; dengan itu tarikan mekanik terhadap kabel diambil alih oleh sarung perisai kabel, bukannya teras atau pengalir. Sesendal kabel juga dapat menjamin keterusan bumi di antara sarung kabel dengan kotak peralatan. Bahan palam akan diisi ke dalam kotak bagi memberikan perlindungan kalis habuk, wap, cuaca, air, dan kebakaran atau kedap minyak. Biasanya sesendal mempunyai bahagian luar yang berulir untuk membolehkannya masuk ke lubang pembuluh dan mempunyai klip bulat untuk pelarasan kabel.
cable gripgenggam kabelTeknikElektrikKapit yang mengikat kabel apabila kabel ditarik masuk ke dalam pembuluh, salur, dan sebagainya. Misalnya, kapit pada palam alat mudah alih. Lihat juga genggam kord.
bridletali kekangKejuruteraanPetroleumSinonim : kabel penggantung Kabel pada unit pengepaman yang bergantung pada kepala kuda dan dihubungkan ke batang pembawa bagi menyokong pengapit rod tergilap pada sistem pengepaman rod penyedut. Bersama-sama dengan kepada kuda, kabel ini disusun atau diatur sedemikian rupa supaya ketika penarikan ke atas rentetan rod penyedut tetap berada pada keadaan menegak sehingga tidak ada momen lentur yang akan bertindak pada bahagian rentetan yang berada di sebelah atas kotak asakan. Rujuk : kepala kuda.
12345678910...

Kembali ke atas