Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qa.bi.lah] | قبيله

Definisi : Ar suku bangsa, kaum: permusuhan dan persengketaan antara keluarga dan keturunan, ~, suku dan bangsa; ~ Quraisy. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[qa.bi.lah] | قبيله

Definisi : golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabilah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kaum, suku bangsa, puak.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shi�r ?l -?ij?�shi�r ?l -?ij?�KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur sindir cerca. Shi�r ?l-hij?� berpunca daripada budaya kehidupan kabilah Arab yang suka mengangkat kedudukan kabilah masing-masing dan merendah-rendahkan pihak lawan. Mengikut tradisi Arab Jahiliah shi�r ?l -?ij?� merupakan genre yang popular. Shi�r ?l -?ij?� boleh dilihat dari sudut keturunan dan sudut sahsiah atau peribadi. Pada zaman Jahiliah, tidak ada kabilah atau individu yang dapat mengelakkan diri daripada disindir dengan Shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-hij?� sering disalahgunakan oleh beberapa penyair Jahiliah seperti al-Hutay�ah kerana menghasilkan puisi cercaan yang keterlaluan. Antara penyair Shi�r ?l-hij?� ialah Jarir dan Farazdaq (zaman Abbasiah). Lihat juga shi�r ?l-f?khr, shi�r ?l-??m?s?h, shi�r ?l-m?d?.
Lost TribeKabilah Sesat (bani Israel)SejarahTiadaTiada
tribal politicspolitik kabilahSains PolitikTiadaTiada
tribal politiespolitik kabilah/politik kesukuanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
tribal politicspolitik kabilahSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan.
tribal politicspolitik kesukuanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat politik kabilah.
shi�r ?l-f?khrshi�r ?l-f?khrKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman Jahiliah. Fenomena ini berpunca daripada faktor perbezaan fahaman politik dan parti antara satu golongan dengan golongan yang lain. Oleh yang demikian, shi�r ?l-f?khr pada zaman ini mengandungi mesej shi�r ?l-hij?�. Antara pencipta shi�r ?l-f?khr ialah Imru�al-Qays (Diwan, zaman Jahiliah) dan Abdullah ibn Amir (Diwan, zaman awal Islam). Lihat juga shi`r ?l-?am?s?h, shi`r ?l-m?d?.

Kembali ke atas