Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bi.nét] | کابينيت

Definisi : (kabinét) 1. badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara yg terdiri drpd para menteri kerajaan yg memerintah, jemaah menteri: satu sidang ~ dipercayai telah membincangkan mogok kereta api itu; 2. Id jabatan (terutama bagi presiden, perdana menteri dll): ~ Perdana Menteri; ~ kerja = ~ keahlian Id kabinet yg menteri-menterinya terdiri drpd pakar-pakar dlm sesuatu urusan kenegaraan; ~ koalisi Id kabinet yg menteri-menterinya merupakan ahli atau pemimpin dr beberapa parti (politik); ~ nasional Id kabinet yg terdiri drpd menteri-menteri yg mewakili sebahagian besar drpd parti-parti (politik); ~ parlementer Id kabinet yg menteri-menterinya dikemukakan oleh parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bi.nét] | کابينيت

Definisi : (kabinét) 1. almari kecil yg bertingkat atau berlaci tempat menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dsb: Saidin berdiri mengambil fail-fail dr dlm ~; 2. sj perabot (spt almari dsb) tempat menyimpan pinggan mangkuk dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bi.nét] | کابينيت

Definisi : /kabinét/ 1 kumpulan menteri yg diketuai oleh Perdana Menteri yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara: ~ bayangan kabinet yg dibentuk oleh pihak pembangkang dlm persediaannya utk mengambil alih kekuasaan jika menang dlm pilihan raya umum. 2 almari tempat menyimpan atau tempat mempamerkan barang-barang perhiasan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabinet (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan portfolio: jabatan, jemaah menteri,

2. Bersinonim dengan perabot: almari, peti.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ADAKAH ISU BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA TELAH DITUKAR?APAKAH ALASAN PENUKARAN TERSEBUT?Pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah diputuskan oleh kabinet. Keputusan ini dibuat oleh kabinet bertujuan untuk membantu menyemai rasa kekitaan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Timbalan Perdana Menteri menyatakan rasionalnya ialah untuk tujuan perpaduan, penggunaan integriti dan bersatu hati. (Rujuk Berita Harian, SElasa 5 Jun 2007)Lain-lain12.07.2007
Salam hormat, Apakah istilah yang digunakan sekarang di antara 'Bahasa Malaysia' atau 'Bahasa Melayu'? Persoalan ini timbul kerana pada 5 November 2007, Kabinet telah membuat keputusan untuk menukarkan daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Mohon pengesahan pihak DBP. Terima kasih.Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia. Dari sudut ilmu, bahasa Melayu disandarkan kepada bangsa Melayu dan peradaban Melayu. Walau bagaimanapun, kabinet memutuskan istilah bahasa Malaysia turut digunakan selain bahasa Melayu untuk menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Maka, penggunaan kedua-dua istilah tersebut boleh disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. Contohnya, jika merujuk ketamadunan Tanah Melayu, maka penggunaan yang paling tepat ialah bahasa Melayu.



Tatabahasa12.01.2017
Kerajaan mengambil keputusan agar jenazah bekas menteri kabinet itu dimakamkan di Makam Pahlawan Adakah ayat ini betul?

Penggunaan perkataan 'dimakamkan' hanya digunakan untuk orang yang dihormati seperti para nabi, para wali dan keluarga diraja. Menerusi penggunaan ayat di atas penggunakan perkataan 'dimakamkan' tidak sesuai bahkan terdapat perkataan yang lebih tepat iaitu 'dikebumikan'

Tatabahasa02.09.2012
Rakyat Masih Keliru, Pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan 'Bahasa Melayu' kepada 'Bahasa Malaysia' untuk menanam semangat perpaduan. Pada 5 Nov 2007 Menteri Penerangan Malaysia menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru 'Bahasa Malaysia' adalah muktamad. Namun begitu hingga kini didalam Perlembagaan Malaysia Artikel 152 masih belum dipinda dan ditukar.Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain06.02.2010
bilakah istilah bahasa malaysia menggantikan istilah bahasa melayu? adakah perkataan seperti 'tammat','posto' digantikan dengan 'tamat' dan 'surat' kerana pertukaran bahasa melayu kepada bahasa malaysia?Mesyuarat kabinet pada 11 April 2007 telah memutuskan istilah Bahasa Malaysia hendaklah digunakan dalam semua urusan apabila merujuk penggunaan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu. Perkataan tamat dan surat telah lama digunakan sebelum keputusan kabinet tersebut. Lain-lain15.04.2010
Apakan perbezaan diantara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia?Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu.Lain-lain07.07.2012
Apakah bedanya di antara "Menyeimbangkan" dgn "Mengimbangkan"?Menurut Kamus Dewan, menyeimbangkan ialah menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat untuk ~ kedudukan ekonomi;

Mengimbangkan pula ialah menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dalam negara ini; ~ kira-kira;
Tatabahasa12.08.2013
Boleh perjelaskan penggunaan perkataan berikut adakah menggunakan huruf besar atau huruf kecil ? bukan dipermulaan ayat, tapi di tengah ayat. Sekian, terima kasih. kerajaan kabinet parlimen jemaah menteri kementerian semenanjungUntuk makluman, perkataan yang ditulis dengan huruf besar di tengah-tengah ialah kata nama khas, selain daripada kata nama khas, perlu dieja dengan huruf kecil.Tatabahasa24.01.2018
SAPAAN UNTUK DR? PERLU YBHG ATAU TIDAK?YBHG HANYA UNTUK DATUK/DATO'/DATO' YANG BUKAN AHLI PARLIMEN/ADUN/MENTERI/MEMEGANG SEBARANG JAWATAN KABINETLain-lain29.09.2010
Yang mana yang patut digunakan sekarang dengan tepat.. Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia?Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu.Lain-lain15.03.2013
1234

Kembali ke atas