Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : kain putih yg dili­litkan pd kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dll); berkabung 1. memakai kabung (tanda ber­dukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya; perkabungan 1. pakaian (kabung dll) yg dipakai semasa berkabung; 2. perihal, perbuat­an atau keadaan berkabung: hari ini ialah hari ~ orang Melayu amnya kerana kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : ukuran panjang yg sama dgn 4 hasta (kira-kira satu depa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : sj tumbuhan (palma), enau, Arenga pinnata: gula ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : , = perkabungan kain putih yg dililitkan di kepala sbg tanda bersedih (kerana raja mangkat dll). berkabung memakai kabung sbg tanda bersedih: Setelah baginda dikebumikan; maka rakyat sekaliannya pun ~lah selama empat puluh hari. perkabungan 1 pakaian yg dipakai ketika berkabung; kabung. 2 perbuatan atau hal berkabung; keadaan berkabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.bung] | کابوڠ

Definisi : nama sj palma; enau, Arenga pinata (saccharifera). gula ~ gula yg dibuat drpd nira kabung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabung
Kata Terbitan : berkabung, perkabungan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bau tulang LBsejenis manik yang diperbuat daripada tulang binatang atau gading gajah.Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beret birar LBsejenis tali pinggang perempuan dibuat daripada manik yang berwarna kuning yang bersulam dengan perak.Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pata anet birar, *pata alet birar* LBsejenis perhiasan kepala wanita yang dibuat daripada manik berwarna kekuning-kuningan.ika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas