Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bur] | کابور

Definisi : 1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang terang (bkn pe­lihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~ nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak atau kurang jelas (maksudnya, kan­dungannya, dsb), tidak nyata, samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg indah itu menjadi ~ dan samar-samar; mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~; mengaburi menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad; mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat); kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~; kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : Kl sj kumbang kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : Jk lari, melarikan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : 1 tidak dpt melihat dgn terang atau dgn jelas (bkn mata); kurang terang (penglihatannya): Matanya ~. 2 tidak cukup terang; tidak jelas (bkn tulisan, warna dll); pudar; samar(-samar): Tulisannya sudah ~. Lukisan itu menjadi ~ kerana lama tergantung di dinding. 3 tidak jernih (benda-benda spt kaca); pudar; kelam. 4 ki tidak jelas atau kurang jelas; samar(-samar): Ingatannya ttg peristiwa itu sudah ~. Keterangan yg diberikan agak ~. mengabur menjadi kabur: Nasib hari depannya ~. mengaburi menjadikan kabur: Asap tebal telah ~ pemandangannya. mengaburkan menyebabkan jadi kabur: Pemimpin itu ~ pandangan orang ramai dgn janji yg muluk-muluk. kekaburan keadaan kabur; kekelaman; kepudaran. kekabur-kaburan agak kabur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ground glassserbuk kaca; kaca kisar; kaca kaburPerubatanTiadaKaca kabur: Kaca yang tidak jernih permukaannya, seperti permukaan yang baru dikisar.
projective testujian projektifPsikologiPsikologi UmumUjian dengan imej kabur yang biasanya digunakan oleh pakar psikologi klinikal untuk meneroka perasaan, motif, konflik dan keinginan mendalam pada seseorang individu. Mereka mengandaikan bahawa individu yang bermasalah biasanya akan mempamerkan motif dan konflik tersembunyi terhadap imej tersebut. Contohnya, individu disuruh menjelaskan atau membuat cerita berdasarkan rangsangan yang kabur. Ujian yang biasanya digunakan untuk tujuan projektif ini ialah Ujian Tompok Dakwat Rorschach (ROR) dan Ujian Apersepsi Tematik (TAT). Walaupun popular, ujian projektif ini mempunyai tahap kesahan yang rendah untuk ujian personaliti.
vaguekaburFizikTiadaTiada
blurkaburFizikTiadaTiada
blurkaburKejuruteraanTiadaTiada
blurredkaburKomunikasiTiadaTiada
anoetickaburPendidikanTiadaTiada
blurredkaburKomunikasiTiadaTiada
blurkaburPerubatanTiadaTiada
aerykaburKesenianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas