Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bus] | کابوس

Definisi : 1. wap air yg kelihatan spt asap yg ber­ada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis; 2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita; berkabus dilindungi atau dilitupi kabus; mengabusi membuat supaya berkabus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bus] | کابوس

Definisi : 1 wap air spt asap yg berada dekat muka bumi (spt yg kelihatan pd waktu pagi). 2 cecair halus-halus yg terjadi drpd semburan, pancutan dll: Kita hendaklah memakai topeng pelindung semasa menyembur utk mengelakkan diri drpd tersedut ~ semburan. 3 tidak terang; tidak jelas; kabur. berkabus dilindungi atau dilitupi kabus: cermin kereta yg ~. mengabusi membuat supaya dilindungi atau diliputi kabus; membuat supaya berkabus: Keratan pokok puding dpt mengeluarkan akar jika selalu dikabusi air. pengabus alat utk menghasilkan kabus atau utk menyebabkan terjadi kabus: Keratan itu disemai dan ditanam dlm pasir serta dilembapkan dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabus

Puisi
 

Seri Andalas sekota embun,
     Dari Gersik ke Surabaya;
Kasih ibarat setitik embun,
     Hilang kabus nampak dia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kilat di dalam kilau,
     kabus di dalam hujan.

Bermaksud :

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spray dryingpengeringan semburMakanan dan PemakananMakananKaedah pengeringan makanan berbentuk cecair melalui pengabus sehingga menjadi kabus. Apabila kabus terdedah kepada udara yang panas, air akan tersejat dan menjadi serbuk halus. Contoh produk pengeringan sembur ialah susu tepung.
waterfogkabus airKejuruteraanTiadaMuncung kabus yang digantung di tempat yang tinggi untuk menyembur titisan air yang halus ketika kebakaran.
Scotch mistkabus ScotchSainsHidrometeorologiGabungan kabus tebal (atau kabut) dan gerimis lebat yang selalunya berlaku di Scotland dan beberapa tempat di England. Di semenanjung Devon-Cornwall, fenomena yang sama disebut rebas.
Scotch mistkabus ScotchMeteorologiMeteorologi PerhubunganGabungan kabus tebal atau kabut dengan gerimis lebat yang selalunya berlaku di Scotland dan di beberapa tempat di England. Disemenanjung Devon Cornwall, fenomena yang sama disebut rebas.
mist extractorpenyari kabusKejuruteraanTiadaPeranti untuk membuang kabus hidrokarbon yang terpeluwap dari arus gas di dalam pemisah minyak dan gas.
automatic fog gunpistol kabus automatikPelayaranTiadaPistol yang mengeluarkan isyarat secara ledakan bahan letupan pada sela waktu sekata apabila berlaku kabus.
fogkabusKomunikasiTiada1. Kesan kerosakan pada gambar yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesilapan semasa proses mencuci filem. 2. Teknik untuk mewujudkan kesan visual seperti kabus, asap atau unsur yang misteri dalam siaran televisyen dan filem. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan kesan ini ialah dengan menggunakan ais kering atau menyapukan sejenis losen pada kanta kamera.
mistkabusMeteorologiMeteorologi PerhubunganTitisan-titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah yang menyebabkan keadaan kekaburan atmosfera. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila ketampakan mendatar sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan relatif yang berpadanan adalah kurang daripada 95%. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus berdiameter dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer.
mistkabusSainsHidrometeorologiKeadaan kekaburan atmosfera disebabkan oleh titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila kekaburan dan kebolehlihatan yang berkaitan adalah sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan nisbi yang berpadanan adalah kurang daripada 95 peratus. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer. Lihat juga jerebu, kabut.
mist lubrication systemsistem pelinciran kabusKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran enjin yang mencampurkan minyak pelincir dengan bahan api dengan nisbah 3% hingga 6%. Campuran ini diaruh melalui karburetor ke dalam kebuk pembakaran, menyebabkan bahan api terpeluwap dan minyak pelincir dalam keadaan berkabus. Campuran berkabus ini akan tersebar ke dalam silinder melalui kotak engkol. Kabus ini akan melekat pada dinding silinder dan membentuk filem pelincir yang melincirkan galas utama dalam rod penyambung manakala minyak pelincir selebihnya melincirkan omboh, gegelang omboh dan silinder. Dalam sesetengah enjin moden, minyak pelincir di- suntik terus ke dalam karburetor dengan kuantiti yang terkawal untuk melindungi permukaan silinder manakala galas utama juga menerima minyak daripada pam berasingan.
123456789

Kembali ke atas