Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ca] | کاچ

Definisi : 1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn me­lakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan­bahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya; ~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai sema­sa terkena hentaman (mis kaca utk cermin ke­reta); ~ mata a) cermin mata; b) pelihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa; berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca me­lihat muka (diri sendiri) dlm cermin, ber­cermin: bersolek sambil ~; 3. = berkaca­-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali; memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca] | کاچ

Definisi : muka surat, halaman (buku dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca] | کاچ

Definisi : 1 benda yg hening dan keras tetapi mudah pecah (digunakan utk membuat jendela, dinding penyekat bilik di pejabat dll); gelas. 2 = ~ muka kaca yg dpt membalikkan cahaya atau bayang; cermin. ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta dsb. ~ mata a. alat yg dipakai utk membantu menerangkan penglihatan, utk bergaya dsb; cermin mata. b. pendapat; fikiran; (sudut) pandangan. ~ pembesar kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat melaluinya kelihatan besar. berkaca 1 ada kacanya; memakai atau menggunakan kaca: ~ mata memakai kaca mata. 2 melihat muka atau diri sendiri dlm kaca; bercermin. 3 = berkaca-kaca bersinar (bkn air, mata dll); berkilauan: Wajahnya jelita dan matanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaca (kata nama)
Bersinonim dengan gelas, cermin, bayang, imej;,
Kata Terbitan : berkaca-kaca,

Puisi
 

Kain kaca berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda ke negeri Keling;
Darah gemuruh rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Bagai kera diberi kaca.

Bermaksud :

Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga). (Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya mengajar murid tentang barang yang boleh dikitar semula.Saya hendak terangkan botol kaca kicap (kata inti ialah botol kaca,adakah kata nama botol kaca kicap / botol kicap kaca betul?)Selamat ptg:

Dalam konteks di atas, tuan/puan boleh menggunakan botol kaca. Kemudian, contoh bagi botol kaca yang boleh diberikan ialah botol kaca kicap dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.
Makna07.11.2016
Betulkah ayat ini? (Di kaca mata...) Di kaca mata kebanyakan ibu bapa, anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga.Kaca mata dalam konteks ayat tersebut bermaksud sudut pandangan. Ayat yang betul ialah "Dari kaca mata kebanyakan ibu bapa...".Tatabahasa04.02.2014
dari kaca mata atau daripada kaca mataFrasa yang tepat dari kaca mata.Tatabahasa24.01.2017
Adakah "Tinted Glass" sesuai diterjemahkan sebagai "Kaca Gelap"? Atau "Kaca Tinta"? Atau ada yang lebih sesuai? Mohon penjelasan.Kami mencadangkan "tinted glass" diterjemahkan sebagai "cermin berwarna sedikit", atau "kaca/cermin filem penapis haba". Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. Istilah01.09.2021
Tuan / Puan, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Titik setitis air ke atas slaid kaca. 1b) Titis setitik air ke atas slaid kaca. 1c) Titik setitik air ke atas slaid kaca. 1d) Titis setitis air ke atas slaid kaca. Terima kasih.Titis dan titik sama maknanya, maka semua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa25.11.2011
Boleh berikan istilah paling tepat bagi tempered glass untuk telefon pintar. Adakah kaca bajaan boleh digunakan?Istilah dalam bahasa Melayu untuk tempered glass ialah kaca bajaan. Namun, perkataan tersebut juga boleh diterjemah kepada kaca tahan pecah mengikut bidang yang bersesuaian. Istilah16.04.2022
Apakah kata tanya yang sesuai digunakan untuk soalan yang berikut: Apakah sudut genting kaca itu? atau Berapakah sudut genting kaca itu? Apakah suhu yang diperlukan untuk proses tersebut? @ Berapakah suhu yang diperlukan untuk proses tersebut? Apakah kata tanya yang tepat digunakan utk soalan yang berbentuk seperti itu? Bagaimanakah hendak menggunakan kata tanya 'apa' dan 'berapa' paling tepat untuk soalan berbentuk matematik dan sains? Apakah ada perbezaan penggunaannya? sekian, terima kasihApa ialah kata untuk menanyakan jenis atau sifat sesuatu, manakala berapa ialah kata untuk menanyakan jumlah, iaitu besar, bilangan, harga, tinggi dan sebagainya. Ayat yang betul ialah: Berapakah sudut genting kaca itu? Berapakah suhu yang diperlukan untuk proses tersebut?Tatabahasa17.03.2011
1. Ali melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2. Ali melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. Ayat 1 atau 2 betul?Ayat 1.Tatabahasa20.04.2013
Apakah penjodoh bilangan yg tepat bg pinggan kaca

Cadangan kami ialah sebiji pinggan kaca

Tatabahasa25.11.2009
Inginkan kepastian untuk ejaan "kacamata" (persepktif). "kaca" dan "mata" perlu didekatkan atau dijarakkan? T Kasih

Perkataan kaca mata dieja sebagai dua perkataan.

Ejaan04.12.2009
123456

Kembali ke atas