Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacau;

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Sejak datuk menampar kuda, Ternak yang lain menjadi kacau; Sejak datuk mengejar janda, Banyaklah datin membeli pisauKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jangan tebang pinang tinggi, Takut kena junjung sirih; Jangan kacau tunang kami, Takut terkena hujung keris.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pucuk kemiri dimakan ulat, Kalau berbuah tak sempat masak; Buruk negeri lupakan adat, Kacau serumah umat pun rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau cukup harta di kampung, Pergi merantau berhati lapang; Kalaulah hidup sama menolong, Negeri kacau pastilah tenang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana bunga takkan gugur, Bila dilanda musim kemarau; Bagaimana nama takkan hancur, Bila kerjanya mencari kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah hilang baju bertekat, Hari petang hati pun risau; Kalaulah hilang pemangku adat, Negeri nan tenang menjadi kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas