Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat (spt gunting) yg sendinya di hujung (utk membelah pinang dll); gigi ~ gigi utk memotong yg terletak di hadapan gigi taring pd mamalia; mengacip 1. mengerat, membelah (dgn kacip); 2. menyepit atau mengapit dgn sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacip I

Puisi
 

Sayang Cik Amat tukang Kelantan,
     Kacip besi dengan besi;
Kurasa kiamat di dalam badan,
     Jantung berperang dengan hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan nama pokok yang berasaskan nama orang, contohnya tongkat ali, kacip fatimah dan ceri terengganu; adakah perlu ditulis huruf besar pada pangkalnya (cth., Tongkat Ali). Mohon bantu.Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali, kacip fatimah dan ceri ditulis dengan huruf kecil. Istilah ceri Terengganu tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh sebab Terengganu merujuk kepada nama negeri, iaitu nama khas, ejaan yang kami cadangkan ialah ceri Terengganu.Ejaan16.05.2012
Assalamualaikum, Ejaan yang betul bagi pokok bunga siti zubaidah (nama pokok) ialah "Siti Zubaidah" atau "siti zubaidah" (semua huruf kecil) jika berada di tengah ayat? Begitu juga dengan kacip fatimah, buluh burma dan tongkat ali? Terima kasih.Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali pada awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali dan kacip fatimah ditulis dengan huruf kecil. Oleh yang demikian, nama pokok siti zubaidah juga ditulis dengan huruf kecil jika berada di tengah ayat.Ejaan26.06.2019
Salam. Bolehkah jika frasa "Maxillary central incisor" (istilah pergigian/perubatan) diterjemahkan kepada "Gigi kacip tengah rahang atas" berbanding "Insisor tengah maksila"?Dalam pangkalan istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk "central incisor" ialah insisor tengah dan padanan bahasa Melayu untuk "maxillary" ialah maksila. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah incisor tengah maksila.Istilah11.08.2014
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan.

1. JELUTUNG -  tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.

2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa16.04.2008

Kembali ke atas