Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat (spt gunting) yg sendinya di hujung (utk membelah pinang dll); gigi ~ gigi utk memotong yg terletak di hadapan gigi taring pd mamalia; mengacip 1. mengerat, membelah (dgn kacip); 2. menyepit atau mengapit dgn sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacip I

Puisi
 

Sayang Cik Amat tukang Kelantan,
     Kacip besi dengan besi;
Kurasa kiamat di dalam badan,
     Jantung berperang dengan hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gigi kacipincisorGigi berbentuk seakan-akan pahat, terletak di bahagian hadapan rahang. Gigi kacip berfungsi untuk menggigit, mengerat dan mericih makanan.Menengah Rendah
gigi kacipincisorGigi yang berbentuk seperti pahat dan terletak di bahagian depan rahang. Gigi kacip berfungsi untuk memotong makanan.Sekolah Rendah
omnivoromnivoreHaiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang.Menengah Rendah
gigi taringcanine toothGigi yang berbentuk kon dan tajam, terletak di belakang gigi kacip. Gigi ini berfungsi untuk menebuk, menggigit dan mengoyak daging atau makanan lain.Menengah Rendah
gigi taringcanine teethGigi yang berbentuk seperti kon, tajam, mempunyai satu akar, dan terletak di belakang gigi kacip. Gigi taring berfungsi untuk menyiat makanan.Sekolah Rendah
gigi kekalpermanent teethGigi yang tumbuh menggantikan gigi susu. Biasanya bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun. Set gigi ini termasuklah gigi kacip, gigi taring, geraham kecil, dan gigi geraham. Lihat RajahSekolah Rendah
gigi susumilk teethGigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas