Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat (spt gunting) yg sendinya di hujung (utk membelah pinang dll); gigi ~ gigi utk memotong yg terletak di hadapan gigi taring pd mamalia; mengacip 1. mengerat, membelah (dgn kacip); 2. menyepit atau mengapit dgn sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacip I

Puisi
 

Sayang Cik Amat tukang Kelantan,
     Kacip besi dengan besi;
Kurasa kiamat di dalam badan,
     Jantung berperang dengan hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati.
Kurik Kundi Merah SagaItik tuk tanjung, Ambil benang buat koyak; Adik putih ngelek buyung, Kacip pinang abang sepiak.
Kurik Kundi Merah SagaItik tuk ti itik tuk tanjung, Buah nanas santan tempoyak; Adik putih mengelek buyung, Kacip pinang bagi sepiak.

Kembali ke atas