Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kad] | کد

Definisi : keping(an) kertas yg agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi); ~ ahli kad sbg tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dsb); ~ caj sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yg telah di­buatnya pd tarikh yg ditetapkan; ~ Hari Raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya; ~ jaminan kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas di­gunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran; ~ jemputan = ~ undangan kad yg digunakan utk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dsb); ~ kredit kad yg menun­jukkan keterangan spt nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yg memboleh­kan pemegang kad itu membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara kredit; ~ kuning (Suk) kad berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ merah a) kad jemputan kahwin; b) (Suk) kad berwarna merah yg ditunjukkan kpd pemain sbg tanda perintah keluar padang, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ pengenalan kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll); ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh me­nyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kad] | کد

Definisi : kertas tebal yg tidak berapa besar dan biasanya bersegi panjang dan digunakan utk berbagai-bagai keperluan. ~ ahli kad sbg tanda menjadi anggota sesuatu persatuan dll. ~ bunyi ist peranti yg menjanakan sistem bunyi pd sesebuah komputer. ~ debit kad plastik yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara debit, iaitu dgn memindahkan wang dr akaun bank pembeli ke akaun bank penjual. ~ grafik ist peranti yg memproses unsur-unsur grafik utk paparan pd skrin. ~ (Hari) Raya kad yg dikirim kpd seseorang utk mengucapkan selamat Hari Raya. ~ jemputan (undangan) kad yg digunakan utk mengundang orang datang ke sesuatu majlis atau perayaan. ~ kredit kad plastik yg membolehkan pemegang kad tsb membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara kredit. ~ kuning kad kecil yg berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, mis dlm permainan bola sepak. ~ manila kad pelbagai warna yg dibuat drpd hem manila atau drpd gentian kayu. ~ merah a. kad kecil yg berwarna merah yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda perintah keluar padang, mis dlm permainan bola sepak. b. kad jemputan kahwin; kad utk mengundang seseorang datang menghadiri majlis perkahwinan. ~ pengenalan kad yg berisi keterangan ttg diri seseorang (namanya, alamatnya dll) berserta gambarnya. ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh menyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. ~ tambah ist papan litar yg dipasangkan ke dlm komputer utk menambah kemampuan sesebuah komputer melaksanakan fungsi khusus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kad (kata nama)
Bersinonim dengan kepingan, kupon, kartu.,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
inviten (sl) jemputan, /kad, surat/ jemputan: have you sent out the ~s yet?, sudahkah kamu menghantar kad-kad jemputan itu?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seasonaladj bermusim: the ~ demand for these cards, permintaan bermusim bagi kad-kad ini; the ~ migration of wild geese, penghijrahan yg bermusim angsa liar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
printingn 1. act, process of producing printed matter, pencetakan: the ~ of the cards will take a week, pencetakan kad-kad itu akan mengambil masa seminggu; 2. the art or business of producing printed matter, (bidang) percetakan: he is interested in going into ~, dia berminat utk menceburkan diri dlm bidang percetakan; 3. number of copies printed, cetakan: the first ~ sold out within a month, cetakan pertama habis dijual dlm masa sebulan; 4. writing resembling printed letter, tulisan huruf demi huruf: the ~ was large and easy to read, tulisan huruf demi huruf itu besar dan mudah dibaca.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
send ~ st off, have st delivered, menghantar sst; (by post), /mengeposkan, mengirim/ sst: the first consignment has been sent off by rail, konsainmen pertama telah dihantar dgn kereta api; have the invitations been sent off?, sudahkah kad-kad jemputan itu diposkan?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cardn 1. (gen) kad: identity ~, kad pengenalan; 2. see BUSINESS CARD; 3. see POSTCARD; 4. also playing card, (daun) terup, daun pakau; 5. (in pl) also card game, permainan (daun) terup;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plastic moneyn kad kredit: as we have no cash, let’s use ~, oleh sebab tdk ada wang tunai, marilah kita gunakan kad kredit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweep3. (remove or move st by pushing) menolak; (remove or move st by scooping) mengaut: the girl put up a hand and swept the hair from her eyes, gadis itu mengangkat tangan dan menolak rambut yg terjurai pd matanya; he lost his temper and suddenly swept all the cards off the table, dia hilang sabar dan tiba-tiba menolak kad-kad itu dr atas meja; the cashier swept all the coins into the open drawer, juruwang mengaut semua duit syiling ke dlm laci yg terbuka itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wedding-cardn kad pengumuman perkahwinan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
visiting cardn kad lawatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
time-sheetn kad perakam waktu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas