Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kad] | کد

Definisi : keping(an) kertas yg agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi); ~ ahli kad sbg tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dsb); ~ caj sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yg telah di­buatnya pd tarikh yg ditetapkan; ~ Hari Raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya; ~ jaminan kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas di­gunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran; ~ jemputan = ~ undangan kad yg digunakan utk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dsb); ~ kredit kad yg menun­jukkan keterangan spt nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yg memboleh­kan pemegang kad itu membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara kredit; ~ kuning (Suk) kad berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ merah a) kad jemputan kahwin; b) (Suk) kad berwarna merah yg ditunjukkan kpd pemain sbg tanda perintah keluar padang, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ pengenalan kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll); ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh me­nyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kad] | کد

Definisi : kertas tebal yg tidak berapa besar dan biasanya bersegi panjang dan digunakan utk berbagai-bagai keperluan. ~ ahli kad sbg tanda menjadi anggota sesuatu persatuan dll. ~ bunyi ist peranti yg menjanakan sistem bunyi pd sesebuah komputer. ~ debit kad plastik yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara debit, iaitu dgn memindahkan wang dr akaun bank pembeli ke akaun bank penjual. ~ grafik ist peranti yg memproses unsur-unsur grafik utk paparan pd skrin. ~ (Hari) Raya kad yg dikirim kpd seseorang utk mengucapkan selamat Hari Raya. ~ jemputan (undangan) kad yg digunakan utk mengundang orang datang ke sesuatu majlis atau perayaan. ~ kredit kad plastik yg membolehkan pemegang kad tsb membuat pembelian barangan, perkhidmatan, dsb secara kredit. ~ kuning kad kecil yg berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, mis dlm permainan bola sepak. ~ manila kad pelbagai warna yg dibuat drpd hem manila atau drpd gentian kayu. ~ merah a. kad kecil yg berwarna merah yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda perintah keluar padang, mis dlm permainan bola sepak. b. kad jemputan kahwin; kad utk mengundang seseorang datang menghadiri majlis perkahwinan. ~ pengenalan kad yg berisi keterangan ttg diri seseorang (namanya, alamatnya dll) berserta gambarnya. ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh menyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. ~ tambah ist papan litar yg dipasangkan ke dlm komputer utk menambah kemampuan sesebuah komputer melaksanakan fungsi khusus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kad (kata nama)
Bersinonim dengan kepingan, kupon, kartu.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
card cataloguekatalog kadPerpustakaanTiadaKatalog yang mengandungi entri-entri pada kad-kad yang berasingan yang disusun menurut susunan tertentu di dalam laci.
cardingmengekad; menyisir kasarPerpustakaanTiadaMengekad: Proses mengkatelogkan maklumat dengan menggunakan kad-kad.
backslidepenampanPerpustakaanTiadaBlok yang diletakkan di bahagian belakang kad di dalam laci katalog dan digerakkan ke belakang dan ke hadapan berdasarkan kuantiti kad di dalam laci bagi mengelakkan kad-kad tersebut terjatuh keluar pada posisi menegak.
contactless paymentpembayaran tanpa sentuhPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah pembayaran yang selamat bagi pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan dengan mengetik kad debit, kad kredit, kad pintar atau peranti lain seperti telefon pintar pada terminal pembayaran yang mempunyai simbol tanpa sentuh. Pembayaran tanpa sentuh menggunakan teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID) atau komunikasi medan dekat (NFC) seperti Samsung Pay, Apple Pay dan Google Pay.
call cardkad panggilanPerpustakaanTiadaKad panggilan: Kad yang mengandungi nama pengarang, judul dan nombor panggilan yang digunakan untuk peminjaman buku.
score cardkad skorSukanTiada1. Kad skor: Kad yang digunakan untuk mencatat mata dalam permainan.
score cardkad catatanSukanTiada2. Kad catatan: Kad untuk pengadil membuat catatan berhubung dengan pembaling.
kad amarankad amaranSukanTiadaKad kuning berukuran 8 cm x 10 cm yang digunakan oleh pengadil untuk menunjukkan amaran. Kaedah ini tidak digunakan dalam permainan gasing uri.
laser cardkad laserPendidikanTiadaKad elektronik berbentuk seperti kad kredit yang menggunakan teknologi laser untuk menyimpan maklumat.
card drawerlaci kadPerpustakaanTiadaLaci yang digunakan sebagai tempat meletak kad, di dalam kabinet kad.
12345678910...

Kembali ke atas