Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.dang.ka.la] | کادڠکالا

Definisi : ada kalanya, kadang-kadang, sekali­-sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.dang.ka.la] | کادڠکالا

Definisi : sekali-sekala; ada kalanya: ~ ada juga ia datang ke rumah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kadangkala


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
horror storycerita seramKesusasteraanTiadaCerita yang menggerunkan pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri. Cerita seram kadangkala serius dan kadangkala bersifat komik. Cerita seram penting dalam sejarah perkembangan cerita pendek, terutamanya berkaitan dengan novel gotik. Dalam cerita seram yang serius, pengarang berupaya mengolah ceritanya melangkaui batasan pengalaman manusia. Contohnya, meneliti alam psikologi yang kacau-bilau, serta mendedahkan beberapa jenis �neraka�. Neraka ditafsirkan sebagai simbol atau keadaan ekstrem yang mencetuskan ketakutan, penderitaan, kehilangan, dan firasat yang buruk. Contoh cerita seram ialah Dracula oleh Bram Stoker. Pengarang moden yang menghasilkan cerita seram termasuklah Stephen King, clive Barker dan Graham masterton. Cerita seram Melayu ialah Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis dan novel Susuk oleh Nizam Zakaria.
pannuspanusMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan sertaan yang bercarik-carik dan bergerigis yang kadangkala membentuk satu lapisan selanjar yang terletak di bawah awan lain dan kadangkala melekat padanya. Awan sertaan ini selalunya terdapat pada genus altostratus, nimbostratus, kumulus, dan kumulonimbus.
sumatrasumatraMeteorologiMeteorologi PerhubunganBadai yang terdapat di Selat Melaka antara bulan April hingga November. Angin ini bertiup laju, kadangkala melebihi 50 km/jam, dari barat daya, dan kadangkala dari barat atau barat laut dan menyebabkan laut berombak tinggi di pantai. Badai ini membentuk arkur kumulonimbus besar (badai lengkung) yang diikuti oleh hujan lebat dan ribut petir, sert penurunan suhu yang mendadak.
natrolitenatrolitGeologiTiadaMineral zeolit, kadangkala mengandungi klasium, dan biasanya terdapat dalam bentuk prisma atau jejarum.
lunacylunasiPerubatanTiadaKetaksiuman yang kadangkala disebabkan atau dipengaruhi oleh bulan.
ggMekanikGunaanUnit yang kadangkala digunakan untuk mengukur daya yang bertindak pada jasad yang mengalami pecutan. nilainya sama dengan daya yang dikenakan oleh graviti pada jasad berkenaan apabila pegun. Unit ini biasanya digunakan untuk daya yang magnitudnya besar.
paraformparaformPerubatanTiadaIstilah ini digunakan kadangkala sebagai singkatan untuk paraformaldekid, walaupun ianya tidak seharusnya.
menidrosismenidrosisPerubatanTiadaPenghasilan peluh yang kadangkala mengandungi darah, menggantikan aliran haid pada setiap bulan.
klaxonklaksonKejuruteraanTiadaHon gegendang yang kadangkala dikendalikan dengan menggunakan tangan.
pediplainpedidataranGeografiTiadaPermukaan relief rendah yang kadangkala terbentuk bukit sisa di atasnya dijangka terbentuk melalui proses percantuman beberapa pedimen.
12345678910...

Kembali ke atas