Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi yg terbesar di Sabah, dikenali juga dgn gelaran Lotud, Rungus, Orang Sungai, Kwijau, Tama­banuo, dsb, yg menggunakan pelbagai dialek dan mengamalkan pelbagai kebudayaan serta adat resam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kadazan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pesta Menuai disambut oleh kaum Kadazan-Dusun. Adakah betul ejaan perkataan Kadazan-Dusun tersebut?Menurut data kami ejaan yang betul ialah Kadazan DusunEjaan19.05.2020
Selamat sejahter, Saya inginkan kepastian tentang ejaan betul yang merujuk etnik di Sabah. Kadazan Dusun atau Kadazandusun? Saya rujuk pada khidmat nasihat DBP ialah Kadazandusun tetapi bila rujuk di PRPM, Kadazan Dusun.Salam sejahtera,

Tuan,

Ejaan yang betul dengan merujuk Kamus Dewan edisi Keempat iaitu Kadazan Dusun.
Sekian, terima kasih.
Ejaan29.01.2018
Salam sejahtera. 1. Saya ingin tahu 5 perkataan dalam bahasa Iban dan 5 perkataan dalam bahasa Kadazan yang bunyinya hampir sama dengan bahasa Malaysia. 2. Sila berikan ayat dalam bahasa Iban dan bahasa Kadazan untuk ayat berikut: a. Apa khabar? b. Siapakah nama awak? c. Awak tinggal di mana? d. Bolehkah saya bantu? e. Marilah kita ke sana.Silahubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP  (03-21418423/2815/2813) atau Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (088-439260) untuk saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain18.12.2008
Pihak DBP, Saya ingin bertanya adakah terdapat perbezaan di antara etnik/perkataan Kadazan dengan Kadazandusun? Apakah ejaan yang tepat bagi Kadazandusun? Hal ini demikian kerana ejaan dalam buku teks DBP ialah Kadazandusun. Jadi saya masih perlukan pencerahan kerana dalam pangkalan data terdapat kepelbagaian maklumat. Adakah ejaannya ialah Kadazandusun atau Kadazan Dusun atau KadazanDusun? Mohon pencerahan, Terima kasih.Selamat pagi:

Dalam pangkalan data DBP, ejaan yang digunakan ialah Kadazandusun. Sekian, terima kasih.
Ejaan19.09.2016
Terima kasih atas jawapaan yang diberi tentang ejaan Kadazan Dusun. Cuma kenapa bila saya semak pada khidmat nasihat DBP, ejaan yang betul ialah Kadazandusun?. Rujuk lampiran. Ejaan kadazandudun ini juga digunakan dalam buku teks Sejarah tingkatan 2 KSSM yang diterbitkan oleh DBP untuk KPM. Mohon minta penjelasan atas kekeliruan ini.Maaf atas kesilapan tersebut. Ejaan yang betul ialah Kadazandusun seperti yang terdapat dalam data khidmat nasihat DBP dan telah digunakan dengan meluas dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2 KSSM.Ejaan30.01.2018
Salam sejahtera. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan sinuangga. Pakaian tradisional Kadazan Dusun yang dipakai seaktu perayaan Kaamatan. Adakah betul ejaannya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.Dalam data kami, tiada ejaan untuk sinuangga. Walau bagaimanapun, carian melalui Internet mendapati ejaan sinuangga telah banyak diguna pakai dan boleh digunakan.Ejaan15.06.2020
Apakah yang dimaksudkan dengan sebutan etnik?Perkataan yang berkaitan dengan etnik seperti Iban, Kadazan dan lain-lain. Setiap etnik mempunyai bahasa masing-masing. Saudara boleh merujuk buku-buku ini untuk panduan, iaitu:

1. Hubungan etnik di Malaysia oleh Zaid Ahmad, Dr.[et.al]

2. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia Sanusi Osman UKM Bangi 1989

3. Pembangunan etnik di Malaysia Hasnah Hussiin PEMIKIR 01/04/2007

4. Pengaruh nilai-nilai etnik dalam pengurusan organisasi di Malaysia Rusinah Siron Dewan Ekonomi

Istilah18.06.2010
Kekeliruan rakyat tetap timbul mengenai istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi yang mendukung sebagai bahasa Kebangsaan. Persoalannya mengapa istilah bahasa Malaysia digunakan dalam konteks ini.Bukankah bahasa Malaysia itu mencakupi bahasa Melayu,bahasa Mandarin,bahasa Kantonis,bahasa Tamil. bahasa Iban,bahasa Kadazan dan lain-lain? Mengapa DBP tidak bertegas dalam soal ini?Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Istilah06.09.2009
Bolehkah kami menyemak maksud dan definisi bumiputera? Adakah seseorang yang berbangsa Cina memeluk agama islam dan berkahwin dengan seorang Melayu dikira sebagai bumiputera?1. Sila rujuk takrifan Bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) memberikan takrif umum bagi bumiputera iaitu penduduk asal sesebuah negara, iaitu bukannya yang datang atau dibawa masuk dari negara lain, misalnya  orang Melayu, orang Asli, orang Iban, orang Kadazan, orang Dayak dan sebagainya yang terdapat di Malaysia.
2. Tidak. Seseorang yang berbangsa Cina walaupun memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang Melayu tetap berbangsa Cina, bukan Bumiputera. 
Makna25.08.2023
Perkataan 'sepupu' terdapat dalam kamus Dewan, tapi perkataan gandaannya 'sepapat' tidak disenaraikan. Perkataan 'sepapat' masih digunakan dalam novel, berita & majalah, tetapi mengapa perkataan ini tiada didaftarkan? Mohon pencerahan.Kami menyarankan tuan ke laman http://ekamus.dbp.gov.my/Default.aspx untuk mencadangkan perkataan "sepapat" dimasukkan ke dalam kamus dewan. Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya.
Lain-lain28.09.2014
12

Kembali ke atas