Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi yg terbesar di Sabah, dikenali juga dgn gelaran Lotud, Rungus, Orang Sungai, Kwijau, Tama­banuo, dsb, yg menggunakan pelbagai dialek dan mengamalkan pelbagai kebudayaan serta adat resam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kadazan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mohontog, *momohontog* Kdupacara yang diadakan untuk berhubung (kali terakhir) dengan roh si mati.Di kalangan setengah-setengah suku kaum Kadazan seperti orang-orang Kadazan di Daerah Penampang, upacara "Mohontog" diadakan untuk berhubung kali terakhir dengan roh si mati.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
miontong Kddewa pelindung.Semua orang Kadazan dulu menyembah itu Tua Pek Kong (dewa Cina) juga. Ya, dulu. Ada yang menyembah penjaga di rumah. Kadazan bilang miontong (dewa).Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monontian Kdmengandung.Bagi masyarakat Kadazan, pantang-larang semasa mengandung atau "monontian" memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang wanita itu memperolehi anak yang baik dan sempurna.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tulandad Kd Tnmenangkap ikan pada hari tidak bekerja.Biasanya, kerja menangkap ikan dilakukan oleh orang-orang Kadazan pada hari mereka tidak bekerja yang disebut "tulandad".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
languai, *langguai* Kd Prbekas sirih dan tembakau tidak bertutup.Di kalangan suku kaum Kadazan Papar, mas kahwin ini terdiri daripada gong, canang, "manain", "languai", tajau, “kumanggi", tanah, kerbau dan babi.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuwil Kdsejenis jerat.Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bakakuksenapang buatan sendiri.Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sunggul Kdsejenis jerat tradisional.Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompok Kdtajau.Menurut kepercayaan suku ini, seseorang yang mempunyai tajau atau "tompok" mestilah mengadakan upacara "Megahau" bagi menghormati tajau itu yang menjadi tempat asal lahirnya manusia (orang-orang Kadazan).Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
megahau, *magahau* Kd Ltupacara menguatkan semula semangat tajau.Menurut kepercayaan suku ini, seseorang yang mempunyai tajau atau "tompok" mestilah mengadakan upacara "Megahau" bagi menghormati tajau itu yang menjadi tempat asal lahirnya manusia (orang-orang Kadazan).Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12345678910...

Kembali ke atas