Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
patak kaeng[pA.tA/ kAeN] bahagian belakang kain batik sarung.Corok patak kaeng ni, come bena.[tS.č/ pA.tA/ kAeN ni tS.mE b«.nA]Corak belakang kain ni, sungguh cantik.
cengek[tS:«.NE/]kata adjektifberkenaan kain, hidung dan lain-lain dalam keadaan terangkat sedikit.Kaeng mung tu cengek sikik, paka molek gak.[kAeN muN tu tS:«.NE/ si.ki/ pA.kA m:.lE/ gA/]Kain kamu tu terangkat sikit, pakailah elok-elok
kilah[ki.lAh]kata kerjamengikat kain pelikat dengan cara menggulung di pinggang.Kilah kaeng tu molek sikik, lamo ke jatoh, malu mung.[ki.lAh kAeN tu m:.lE/ si.ki/ lA.m kE dZA.toh mA.lu muN]Ikat kain tu elok-elok sikit, kalau jatuh, malu kamu.
nutok[n:u.to/]kata kerjamembubuh lilin di atas kain sebelum dicorakkan warna.Buwak nutok ni kalu ore tok panda tok jadi.[bu.wA/ n:u.to/ ni kA.lu .ÄE t/ pAn.dA t/ dZ:A.di]Bubuh lilin pada kain ni kalau orang tak biasa tak jadi.
kube[k:u.bE]kata kerjabersepah-sepah di merata tempat, berselerak; lana, lembe.Jange dok kube gak kain tu, udoh nengok.[dZA.NE do/ ku.bE gA/ kAen tu u.doh n:E.N/]Jangan sepahkan kain tu, tak elok dipandang.
stange iseh[stA.NE i.seh] kain yang dililit pada kepala yang dipakai oleh pengantin lelaki atau anak raja, destar, tengkolok, tanjak.Pok Mak jah tahu wak stange isih anok truno.[p/ mA/ dZAh tA.hu wA/ stA.NE i.seh A.n/ tÄu.n]Pak Mat sahaja yang tahu membuat tengkolok untuk pengantin lelaki.
sek[sE/]kata kerjamengoyak-ngoyakkan kertas, kain dan lain-lain, mencarik-carikkan.Adek sek bok skoloh Ali.[A.de/ sE/ bo/ sk.lh A.li]Adik mengoyak-ngoyakkan buku sekolah Ali.
lendek[l«n.de/]kata adjektif1. berkenaan kain yang tidak berkedut.Doloh gosok baju kemejo sapa lendek, pasa nok gi temu dugo esok.[d.lh g.s/ bA.dZu k«.mE.dZ sA.pA l«n.de/ pA.sA n/ gi t«.mu du.g E.s/]Dolah gosok baju sampai lendek kerana nak pergi temu duga esok.
gembok[g:«m.b/]kata adjektifberkenaan rambut, kain yang berombak-ombak.Rambok budok tu gembok come kalu keno tiuk ko anging.[ÄAm.bo/ bu.d/ tu g:«m.b/ tS.mE kA.lu k«.n ti.ju/ k A.NiN]Rambut budak tu berombak-ombak cantik kalau ditiup angin.
kandi[k:An.di]kata namasejenis beg daripada kain.Pok Teh nok gi mano bowok kandi besa.[p/ teh n/ gi m:A.n b.w/ k:An.di b«.sA]Pak Teh nak pergi ke mana membawa beg besar.
12

Kembali ke atas