Puisi
 

Kain buruk kain cukin,
     Taruh di meja lapik gelas;
Sudah berpucuk warkah dikirim,
     Sudah dibaca mengapa tak dibalas?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.

Bermaksud :

Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kakak menggilap se------------- cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada se------------- kain buruk. A. buah...helai B biji.....cebisAyat yang betul - Kakak menggilap sebiji cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada sehelai kain buruk. Tatabahasa11.08.2010
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih

Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan  harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan  idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan  semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan  keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. 

Tatabahasa11.10.2010
Apa beza mencolok mata dan menjolok mata?Tiada dijumpai simpulan bahasa mencolok mata. Colok ialah suluh yang dibuat darip[ada kain buruk dan dicelup dalam minyak. Mencolok bermaksud menyuluhi dengan colok, menusuk atau mencucuk, mencelup. Menjolok mata bermaksud dibenci, iaitu perkara atau perbuatan yang  melnggar batas kesusilaan dan norma masyarakat seperti cara berpakaian dan kelakuan.Makna26.06.2008
1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelum­pung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. me­­nyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pe­lekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubung­kan menggunakan sesuatu sbg se­lu­bung: Dia ~ kain itu pd kepalanya.Lain-lain15.05.2010
assalamualaikum saya ingin tanya berkenaan kelulusan sah bahasa untuk papan iklan. saya ada syarikat PT MAMAM LEGACY. dan saya ingin meletakkan nama di sign board PORT M.A.M.A.M adakah diberikan kelulusan?
Berdasarkan Terma dan Syarat Pengesahan Bahasa Melayu dalam Iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka:
  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengesahkan kandungan bahasa yang digunakan dalam iklan (papan iklan luar, iklan tiang, iklan elektronik, papan premis perniagaan, kain rentang, gegantung, poster, badan kenderaan, notis makluman dan pelabelan). Bahasa kebangsaan yang digunakan dalam iklan mestilah betul dan tepat dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa serta sopan dan tidak mempunyai konotasi buruk. Pengesahan ini termasuklah pada nama kedai atau jenama keutamaan, selain semakan keterangan utama perniagaan dan keterangan tambahan lain sekiranya ada.
  • Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua jenama keutamaan (nama kedai, nama produk dan lain-lain yang berkaitan) dalam iklan, sama ada secara sendiri atau bersama dengan bahasa-bahasa lain kecuali bagi jenama khas perniagaan seperti TOSHIBA, SAMSUNG dan lain-lain.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan port membawa maksud pangkal atau hujung sesuatu saluran penghantaran yang digunakan dalam bidang komputer. Perkataan mamam pula tidak terakam dalam kamus. Oleh itu, nama kedai PORT MAMAM tidak dapat diluluskan oleh pihak DBP kerana tidak menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul.


Lain-lain09.11.2021
Salam sejahtera dan selamat berpuasa, Pertama, saya mengharapkan penjelasan daripada tuan mengenai fungsi 'dapat' dan 'boleh'. Kedua, saya ingin tahu perbezaan dan fungsi 'berburu / memburu' dan 'berbuat / membuat' Terima kasih atas informasi.

Cikgu Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penjelasan bagi perkataan yang ditanyakan dapat dilihat daripada penggunaan imbuhannya di asmping makna yang disampaikan melalui ayat yang ditulis. Terima kasih.

dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha;

boleh - dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk;

berburu - mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;

 memburu- mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi;

berbuat - mengerjakan (melakukan) se suatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai;

membuat - memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya;

Makna02.09.2009

Kembali ke atas