Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain yg bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Naik bukit pergi Asahan,
     Bayar niat mudah-mudahan;
Sungguhpun songket kain pilihan,
     Tapi tak boleh buat basahan.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan berĀ­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memajuĀ­kan ~ antara negara-negara yang sedang maju;


Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang.

Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial .
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
1) Tenunan melayu seperti songket mempunyai unsur keindahan tersendiri.Dengan beberapa contoh kain tenun songket,bincangkan keindahan rupa bentuk fizikalnya dan juga falsafah motif pada kain tersebut. 2)Nyatakan sejarah,fungsi gunaan,falsafah, dan estetika yang terdapat dalam pesta ka'amatan di Sabah.Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Soalan saudara memerlukan penyelidikan dan kajian mendalam. Oleh itu, sila rujuk perpusatakan dan lihat makalah atau buku yang berkaitan. Lain-lain30.08.2009

Kembali ke atas