Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kait] | کاءيت

Definisi : 1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-­paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sang­kut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain; berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan; berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubung­kan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan men­jadikan bersangkutan (berhubungan, ber­talian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; terkait terlibat; kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hu­bungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera; perkaitan perihal berkait(an), perhubungan: soal-soal yg dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kait] | کاءيت

Definisi : ; ~ besi sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria longiflora; kait-kait sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, Uncaria acida; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambir-gambir hutan, Uncaria ferrea; ~ darat sj tumbuhan (pokok meman­jat), kait besi; ~ hitam besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, Uncaria sclerophylla; ~ (kekait) merah sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, Uncaria cordata; akar ~ sj tumbuhan (pokok menja­lar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, Zizyphus oenoplia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kait] | کاءيت

Definisi : besi, buluh dsb yg bercangkuk hujungnya (digunakan utk mengambil buah-buahan dll): jarum ~ jarum yg bercangkuk hujungnya utk membuat renda dll. berkait 1 bercangkuk hujungnya: Buah rambutan itu dipetik dgn galah yg ~. 2 tersangkut: Duri itu ~ pd seluarnya. berkaitan ada sangkut pautnya; berhubungan; bersangkutan: Dr buku ini, kita dpt mempelajari perkara-perkara yg ~ dgn sejarah negeri kita sendiri. mengait 1 memetik (buah-buahan dll) dgn kait: Kakak ~ buah jambu, saya dan Halimah memungutnya. 2 membuat renda dll dgn jarum kait: Gurunya mengajar dia menjahit pakaian dan ~ renda. mengaitkan menjadikan ada hubungannya; menghubungkan sesuatu perkara dgn perkara lain. kaitan 1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. perkaitan hal atau keadaan berkaitan; perhubungan; pertalian. pengait 1 benda yg hujungnya berkait; kait. 2 orang yg mengait sesuatu: ~ kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kait (kata nama)
Bersinonim dengan ranggit, gaet, galah bercangkuk, besi bercangkuk, kayu bercangkuk, rotan bercangkuk;,
Kata Terbitan : berkaitan,

Puisi
 

Kait-kait daun sepulih,
     Daun sembingai nanang-nanangan;
Baik-baik kamu yang mulih,
     Kamu yang tinggal kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(22)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORGANIZATION

Australian Security Intelligence

Organization (ASIO)] mengumpul dan menilai

maklumat yang diputuskan oleh ketua

pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung

kait dengan keselamatan negara. Sebahagian

maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara

bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak

ASIO. Kerajaan persekutuan menubuhkan ASIO

pada tahun 1949.

UMUM 
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI

Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu

penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.

Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh

kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini

mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi

yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi

udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan

atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,

akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara

penyebab utama kematian di kalangan bayi

pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini

menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang

dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.

UMUM 
TITIK JARUM

Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang

jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik

jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia

digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet,

upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik

jarum pernah dikenali sebagai dewangga.

Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas.

Penyulam menggunakan jarum dewangga yang

tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini

termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau

yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben.

Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas

permukaan jejaring.

UMUM 
TILLICH, PAUL

Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi

kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah

pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya

Theology of Culture (1959), dia menganalisis

bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi

keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan

kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol

dan mitos keagamaan yang dibincangkannya

dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya

yang terbaik ialah Systematic Theology (1951,

1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid.

Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud

Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait

dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan

pemikiran moden.

UMUM 
TARIAN TRADISIONAL SARAWAK

TARIAN TRADISIONAL SARAWAK, tarian suku kaum di Sarawak. Tidak ada catatan yang jelas tarikh bermulanya tarian tradisional ini diterima dan diamalkan oleh suku kaum di Sarawak. Seni tari tradisional acap kali dikaitkan makna ‘bermain’ atau sebahagian daripada permainan yang memperlihat suasana keriangan dan juga yang berhubung kait dengan upacara ritual yang diamalkan oleh kaum masing-masing.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
AUSTRALIAN SECURITY INTELLIGENCE ORGANIZATION

Australian Security Intelligence Organization (ASIO) mengumpul dan menilai

maklumat yang diputuskan oleh ketua pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung

kait dengan keselamatan negara. Sebahagian maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara

bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak ASIO.

UMUMUmum

Kembali ke atas