Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.jang] | کاجڠ

Definisi : 1. benda yg dianyam drpd daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan utk atap atau pelindung drpd panas dll: dinding rumah mereka ialah drpd ~; 2. helai yg besar (bkn kertas); kertas ~ kertas yg besar helainya (biasanya berlipat dua); lipat ~ dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; hutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula = samir tak habis, ~ pula prb hutang lama belum habis dibayar, sudah ber­hutang lagi; mengajangi memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; terkajang diberi beratap (berbumbung) dgn kajang; pekajangan buritan atau bahagian belakang perahu yg beratap dgn kajang: maka Sultan Husain segera keluar dr dlm ~ berdiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.jang] | کاجڠ

Definisi : barang yg dianyam drpd daun nipah dll utk dijadikan atap (utk perahu dll). kertas ~ kertas yg besar helainya (sama ada berkembar dua atau sehelai-sehelai). lipat ~ berlipat dua. mengajangi menutup atau melindungi sesuatu dgn kajang. terkajang diberi beratap atau berbumbung dgn kajang. pekajangan bahagian belakang perahu yg beratapkan kajang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kajang

Puisi
 

Kajang tuan kajang berlipat,
     Kajang saya mengkuang layu;
Bujang tuan bujang bertempat,
     Bujang saya terbuang lalu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Utang (hutang) samir belum selesai,
     hutang kajang tumbuh pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan pengesahan ejaan bagi perkataan BANDARAYA. Adakah perkataan tersebut menjadi MAJLIS BANDARAYA KAJANG atau MAJLIS BANDAR RAYA KAJANG? Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. MUQNI MUBARAK BIN ANWAR MUBARAK Penolong Pengarah Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran KajangEjaan yang betul ialah BANDAR RAYA. Kami mencadangkan nama MAJLIS BANDAR RAYA KAJANG mengikut ejaan yang sebenar.Lain-lain15.04.2021
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis?Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu.Lain-lain23.06.2008
Saya ingin memohon nama cadangan pembangunan " Residensi Neksus Kajang" Harap tuan dapat memberi ulasan nama cadangan.Untuk pengesahan iklan dan penamaan bangunan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa, iaitu www.dbpsahbahasa.myLain-lain02.04.2021
Salam sejahtera, 1.Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke / di Google Classroom. (sila beri pencerahan) 2.Murid-murid diminta menyalin karangan di / pada kertas kajang. (sila beri pencerahan). Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke Google Classroom. Kata sendi nama "ke" digunakan untuk menunjukkan arah yang dituju dan berlakunya pergerakan.

2. Ayat yang betul ialah Murid-murid diminta menyalin karangan pada kertas kajang. Kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Tatabahasa29.06.2021
Sykt saya sedang memohon untuk kelulusan nama bangunan dari pihak Majlis Perbandaran Kajang.Nama bangunan yang kami pilih ialah "TETRIS" iaitu nama satu permainan video game yang sangat popular di zaman sekarang.Tetapi saya ingin memastikan dalam bahasa melayu,adakah nama ini juga dikenali sebagai "TETRIS".Kerana saya telah cuba mencari dalam kamus dewan tetapi tidak menjumpainya.

Untuk menamakan bangunan ataupun penamaan lain untuk paparan di tempat awam, hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan dengan ejaan dan nahu yang betul serta melambangkan citra kebangsaan. Pada pandangan kami, nama "Tetris" tidak sesuai untuk menamakan bangunan kerana tidak membawa apa-apa makna dalam bahasa kebangsaan.

Lain-lain17.08.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah maksud "kwasa" yang terdapat pada nama stesen MRT Kajang spt Kwasa Damansara dan Kwasa Sentral? Adakah perkataan "kwasa" itu merupakan kependekan bagi perkataan "kawasan"?Kwasa yang terdapat pada nama stesen MRT bukan kependekan bagi kata kawasan. Kwasa yang terdapat pada Kwasa Damansara dan Kwasa Sentral adalah merupakan penamaan stesen bersempena nama syarikat yang menguruskannya iaitu Kwasa Land Sdn. Bhd.Makna30.05.2023
Assalamualaikum , Saya ingin membuat banner kursus asas memanah di semenyih dan telah mendapatkan info kebenaran pengiklanan dari Majlis Perbandaran Kajang, Mereka meminta saya mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan bahasa dari dewan bahasa dan pustaka. kalau begitu, bagaimana saya ingin dapatkan perkhidmatan tersebutSila hantar visual iklan tuan melalui laman sesawang melalui www.dbpsahbahasa.my  atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur. Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479100/9200/9300/9400. Terima kasih.Lain-lain22.01.2020
asap (dari,daripada)paip ekzos.'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah asap daripada paip ekzos.Tatabahasa14.02.2011
ASSALAMUALAIKUM, SAYA DIARAHKAN UNTUK MENDAPATKAN SURAT ULASAN DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI PERMOHONAN NAMA TAMAN DARI MAJLIS TEMPATAN, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG. SAYA INGIN MENGETAHUI LANGKAH DAN PROSEDUR PERMOHONAN. TERIMA KASIH. PERHATIAN DARI PIHAK TUAN AMAT KAMI HARGAI.

Assalamualaikum,

 

Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa dalam talian perlu dibuat melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, sila daftar akaun terlebih dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan Pendaftaran pada laman web dbpsahbahasa.my. 

 

2. Selepas mendapat ID pengguna dan kata laluan, sila log masuk dan klik Daftar Permohonan dan Daftar Penamaan. Kemudian, lengkapkan maklumat (rujuk Panduan Pelanggan). Tiada bayaran dikenakan untuk Daftar Penamaan.

 

Sekian, terima kasih.

Lain-lain28.05.2020
pemandangan (dari,daripada)kawasan itu sungguh cantik.apa jawapan?'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah pemandangan daripada kawasan itu sungguh cantik.Tatabahasa14.02.2011
12

Kembali ke atas