Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ka/] | کاکق

Definisi : 1. saudara perempuan yg lebih tua; 2. saudara lelaki yg lebih tua, abang; 3. panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua; berkakak 1. mempunyai kakak; 2. memang­gil kakak, menggunakan perkataan ‘kakak’ terhadap orang perempuan yg lebih tua (sbg menghormati secara mesra): ia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan-perempuan yg lebih tua sedikit daripadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ka/] | کاکق

Definisi : ; berkakak, berkakakan, mengakak, mengakak-ngakak 1. mengeluarkan bunyi ’kak, kak’ (spt itik); 2. = terkakak-kakak tertawa kak-kak-kak, ketawa gelak-gelak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ka/] | کاکق

Definisi : 1 saudara perempuan yg lebih tua: Nama ~ saya Hasnah. 2 panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua. berkakak 1 mempunyai kakak. 2 memanggil kakak; menyebut kakak ketika bercakap: Dia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan yg lebih tua drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kakak
Rujuk :kakanda

Puisi
 

Buah labu masak,
     Masak hujung julai;
Apa jamu kakak,
     Jamu nasi gulai.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
genjok[g:«n.dZ/]kata namaalat pemukul telur.Kakok guno genjok nok buwak kek.[kA.k/ gu.n g:«n.dZ/ n/ bu.wA/ kE/]Kakak menggunakan alat pemukul telur untuk membuat kek.
   2. perasaan panas hati (kerana dihina, ditipu dan lain-lain), marah.Sipe bilek tu come, kelek kakok mung ngidong ke.[si.pE bi.le/ tu tS:.mE k«.le/ kA.k/ muN N:i.doN kE]Kemas bilik tu elok-elok, balik kakak kamu marah nanti.
srekak[sÄ«.kA/]kata namapengait daripada buluh yang bahagian hujungnya dibentukkan seperti sangkar untuk mengambil buah (seperti buah cermai, duku dan lain-lain) supaya buah tidak jatuh ke tanah.Kakok kaek buwoh crema guno srekak.[kA.k/ kAe/ bu.wh tSÄ«.mA gu.n sÄ«.kA/]Kakak mengait buah cermai dengan menggunakan serekak.
rombok dapo[čm.b/ dA.po] selesai menyalai bagi perempuan yang telah bersalin.Kakok ambo baru lepah rombok dapo mareng, ari ni nok gi jale doh.[kA.k/ Am.b bA.Äu l«.pAh čm.b/ dA.po m:A.ÄeN A.Äi ni n/ gi dZ:A.lE dh]Kakak saya baru selesai bersalai semalam, hari ni dah nak berjalan.

Kembali ke atas