Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ka/] | کاکق

Definisi : 1. saudara perempuan yg lebih tua; 2. saudara lelaki yg lebih tua, abang; 3. panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua; berkakak 1. mempunyai kakak; 2. memang­gil kakak, menggunakan perkataan ‘kakak’ terhadap orang perempuan yg lebih tua (sbg menghormati secara mesra): ia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan-perempuan yg lebih tua sedikit daripadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ka/] | کاکق

Definisi : ; berkakak, berkakakan, mengakak, mengakak-ngakak 1. mengeluarkan bunyi ’kak, kak’ (spt itik); 2. = terkakak-kakak tertawa kak-kak-kak, ketawa gelak-gelak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ka/] | کاکق

Definisi : 1 saudara perempuan yg lebih tua: Nama ~ saya Hasnah. 2 panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua. berkakak 1 mempunyai kakak. 2 memanggil kakak; menyebut kakak ketika bercakap: Dia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan yg lebih tua drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kakak
Rujuk :kakanda

Puisi
 

Buah labu masak,
     Masak hujung julai;
Apa jamu kakak,
     Jamu nasi gulai.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih.1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian.
2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor.
3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan  'buaya' - dua suku kata. 
4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab.
Tatabahasa16.02.2012
Assalamualaikum.. minta tunjuk ajar mana satu yang betul 1) Saya dan kakak... 2) Kakak dan saya... Terima kasih.Pola ayat bahasa Melayu, subjek terdiri daripada frasa sendi nama, iaitu Saya dan kakak atau Kakak dan saya. Tidak ada peraturan berkaitan unsur dalam subjek tetapi kebiasaannya kita akan merujuk diri sendiri dahulu baharu orang yang mempunyai pertalian. Contohnya, saya dan ibu..., Saya dan nenek...Tatabahasa22.07.2014
salam sejahtera, ayat tunggal: Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk yang gramatis seperti yang dinyatakan oleh tuan ialah: Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Adakah ayat berikut sememangnya salah dari segi struktur ayatnya atau apa-apa yang berkaitan dengan sistem bahasa. (maksud saya, jika diajar kepada pelajar, kita akan katakan ayat di bawah ini salah.) Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian.Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. Kedua-dua ayat majmuk tersebut betul dan boleh dijadikan contoh dalam pengajaran.Tatabahasa19.02.2012
Yang mana betul? 1 Kakak membantu ibu menyusukan adik. 2 Kakak membantu ibu untuk menyusukan adik. 3 Kakak membantu ibu menyusui adik. 4 Kakak membantu ibu untuk menyusui adik.Ayat yang betul ialah 1. Kakak membantu ibu menyusukan adik.Tatabahasa08.04.2013
Kakak menghiris bawang di atas lantai. ataupun Kakak menghiris bawang di bawah lantai? Yang mana satu betul.

Ayat yang betul ialah: Kakak menghiris bawang di lantai. Ayat ini bererti; tempat kakak membuat kerja ialah di lantai. Ayat ... di atas lantai, bererti kakak menggunakan lantai untuk menjadi papan landas.

Tatabahasa24.04.2011
1. Bukankah telah kakak ingatkan... 2. Bukankah kakak telah ingatkan... Ayat yang manakah betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Bukankah telah kakak ingatkan...".Tatabahasa14.08.2013
"Ibu menjahitkan kakak baju kurung."(betul) tapi mengapa "Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat." (salah) bukankah menjahitkan kakak bermaksud menjahitkan untuk kakak manakala menghidangkan rakan-rakan bermaksud menghidangkan untuk rakan-rakan.Mohon penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih

Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. 

Tatabahasa14.01.2011
Berikut ada 3 ayat, sila menyemak dan memberi pembetulan sekiranya terdapat kesalahan. 1) Emak memberi hadiah kepada kakak. 2) Emak membeli hadiah kepada kakak. 3) Emak membeli hadiah untuk kakak. Sekian, terima kasih.1) Ayat yang betul ialah Emak memberikan hadiah kepada kakak atau  Emak memberi kakak hadiah.
3) Emak membeli hadiah untuk kakak. - betul
Tatabahasa31.01.2012
Kakak meletakkan ( setengah/separuh) jag Milo di atas meja. Ini soalan upsr 2005. Bukankah setengah dan separuh membawa maksud yang sama?Benar, separuh dan setengah membaca maksud yang sama.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain10.11.2014
Kakak mengepal surat yang baru diterimanya lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Munsyi, mengepal adalah salah, adakah menggenggam sesuai digunakan ? TKMengepal sama maksudnya dengan menggenggam. Perkataan yang lebih sesuai dalam ayat tersebut ialah merenyukkan. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merenyukkan untuk maklumat lanjut.Tatabahasa08.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas