Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ka/] | کاکق

Definisi : 1. saudara perempuan yg lebih tua; 2. saudara lelaki yg lebih tua, abang; 3. panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua; berkakak 1. mempunyai kakak; 2. memang­gil kakak, menggunakan perkataan ‘kakak’ terhadap orang perempuan yg lebih tua (sbg menghormati secara mesra): ia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan-perempuan yg lebih tua sedikit daripadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ka/] | کاکق

Definisi : ; berkakak, berkakakan, mengakak, mengakak-ngakak 1. mengeluarkan bunyi ’kak, kak’ (spt itik); 2. = terkakak-kakak tertawa kak-kak-kak, ketawa gelak-gelak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ka/] | کاکق

Definisi : 1 saudara perempuan yg lebih tua: Nama ~ saya Hasnah. 2 panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua. berkakak 1 mempunyai kakak. 2 memanggil kakak; menyebut kakak ketika bercakap: Dia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan yg lebih tua drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kakak
Rujuk :kakanda

Puisi
 

Buah labu masak,
     Masak hujung julai;
Apa jamu kakak,
     Jamu nasi gulai.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kaluk Ibtempurung kelapa yang masih muda (boleh dimakan).Oh kakak berjong kayu, adakah kakak bertemu kak Raja Rambang Ramunut, anakku mandi dengan air nyiur, anakku bertapal dengan daun nyiur, anakku bersembur dengan kaluk nyiur. Suatu hari melintaslah orang sedang berjong kayu. Puteri bongsu pun bernyanyi dari atas pokok nyiur gading.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumpik Bj Sm, Tbsejenis kapal.Ya. Bukankah kakak lari dari kapal tumpik yang membawa kakak belayar dari Johor untuk dikahwinkan dengan Sultan Sulu? tanya Karini.Sitti ArianaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
babadon Kdsejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada batang padi.Ketika ayah, emak dan kakak saya kepenatan menuai padi, saya pula sibuk mencuba memainkan Babadon tersebut. Kakak saya yang berulang-alik ke pondok untuk menghantar tuaian sering memarahi saya kerana lambat turun ke bendang.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bolak-bolak Bjsejenis tarian untuk meraikan tetamu.Dia mesti tidak mahu ketinggalan untuk mempersembahkan tarian “bolak-bolak”, tarian rentak “tarirai” dan lain-lain tarian tradisi Bajau yang agak eksklusif.KakakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarirai Bj, Slsejenis tarian utk menyambut tetamu, untuk meraikan perkahwinan.Dia mesti tidak mahu ketinggalan untuk mempersembahkan tarian “bolak-bolak”, tarian rentak “tarirai” dan lain-lain tarian tradisi Bajau yang agak eksklusif.KakakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas