Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kakanda;

Puisi
 

Buah betik buah yang rendang,
     Mari kukupas dengannya kuku;
Kakanda balik berjalan seorang,
     Mari dihantar sampai ke pintu.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kakanda : Abang atau Kakak (utk tujuan surat menyurat). Bagaimana pula dengan Suami? Adakah penggunaan Kakanda sesuai? Adinda: Adik lelaki atau perempuan (utk tujuan surat menyurat). Bagaimana pula dengan Isteri? Adakah penggunaan Adinda sesuai?Dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata panggilan seperti ayahanda, bonda, kakanda, adinda dan lain-lain menunjukkan kemesraan dan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada penulis dan melihat keseragaman dalam penulisan surat. Selain bermaksud abang, kakak dan adik, kakanda dan adinda juga sesuai digunakan untuk panggilan kepada suami dan isteri dalam surat tidak rasmi.Lain-lain05.03.2017
Salam. Yang manakah masih lagi dipakai di antara perkataan "kakanda" dan "kekanda"? saya lihat di dalam kamus Daftar Kata Bahasa Melayu terbitan DBP, kedua-dua perkataan di atas ada. Manakala di dalam kamus Dewan Bahasa hanya perkataan "kakanda" sahaja yang ada. SekianEjaan yang tepat ialah kakanda seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4. Terima kasih.Ejaan25.06.2008
Salam DBP, Apkah perbezaan antara KAKANDA dengan KEKANDA? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah kakanda atau singkatannya kanda, iaitu panggilan yang lazimnya digunakan dalam bahasa istana atau juga digunakan kini sebagai bahasa panggilan dalam surat-menyurat.Tatabahasa17.10.2011
Kenal pasti kesalahan ayat: 1. Bila gerangan kakanda akan pulang? 2. Berapa tahun dia belajar di luar negeri?Dalam kedua-dua ayat tersebut perlu diletakkan partikel -kah  (Bilakah ... dan Berapa tahunkah ...) sebagai penegas frasa predikat atau bahagiannya.Tatabahasa13.09.2011
Tuan/Puan, saya ingin bertanyakan penggunaan kata yang sesuai jika menulis surat kiriman tidak rasmi kepada ahli keluarga (seperti kakanda dan adinda). Jika begitu, adakah ini bermaksud sebarang penggunaan kata untuk ahli keluarga lain (jika disebut dalam surat) perlu menggunakan kata panggilan zaman dahulu seperti ayahanda, bonda, nenda, dan sebagainya? Terima kasih.Dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata panggilan seperti ayahanda, bonda, adinda dan lain-lain menunjukkan kemesraan dan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada penulis dan melihat keseragaman dalam penulisan surat.Tatabahasa24.10.2013
Salam Sejahtera. Bagaimana kerabat diraja mengelar adik-beradik mereka? Adakah frasa seperti "kanda andak" dan "dinda long" betul?Panggilan sapaan bagi kerabat diraja yang sebaya dengan abang, kakak atau adik ialah kakanda (kekanda/kanda) dan adinda (dinda). Penggunaan frasa "kanda andak" dan "dinda long" tidak ditemui dalam teks klasik bahasa diraja, khususnya dalam pangkalan data Malay Concordance Project (MCP)Kata yang selalu dikolokasikan dengan kanda dan dinda adalah seperti Kanda Tengku Embung, Kanda Seri Indera, adinda baginda tuan puteri, Adinda Asma Penglibur, adinda baginda Maharaja/Raja/Pangeran dan sebagainya. Kesimpulannya, kata kanda dan adinda digunakan secara kata nama tunggal atau frasa nama dengan gabungan yang tertentu dan khusus sifatnya (dengan kata nama khas).

Namun, tidak dinafikan adanya pengguna kata kanda dan dinda dalam panggilan orang bangsawan yang dilakonkan dalam drama kepahlawanan, kependekaran dan sebagainya.

Mohon rujuk buku Bahasa Diraja Edisi Baharu (Asmah Haji Omar. DBP, 2016) untuk penjelasan lanjut. Untuk carian makna kata yang terkini, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Lain-lain24.07.2023
Assalamualaikum dan apa khabar? Saya ingin meminta jasa baik Tuan/Puan untuk menyenaraikan kata - kata panggilan hormat bahasa halus seperti ayahanda, ibunda, bapanda (walaupun arkaik) yang berakhir dengan -anda, -nda, -da yang terakam dalam kamus dewan. Saya mencuba carian bestari di laman PRPM tetapi gagal. Saya ucapkan ribuan terima kasih jika pihak DBP sudi membantu saya.Kata panggilan hormat yang lazim digunakan dan terakam dalam Kamus Dewan ialah seperti ayahanda, ibunda, bapanda, kakanda, dinda, anakanda, bonda, nenda dan baginda.Tatabahasa21.10.2018
Apakah kata ganti nama yang digunakan oleh putera/puteri negara lain ketika bercakap dengan raja/ratu negara lain? Adakah 'patik', 'beta' atau hamba?Dalam bahasa diraja, sesuatu peristiwa bahasa yang melibatkan komunikasi antara dua orang Sultan, gerak rujukan setara tidak berlaku. Ini kerana salah seorang daripada baginda berdua akan meletakkan diri Baginda sebagai rendah pangkat dari segi umur atau hubungan kekeluargaan.  Dengan demikian, salah seorang akan merujuk diri sendiri sebagai “adinda” atau “anakanda”, dan dengan itu Baginda yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “kakanda” atau “ayahanda”.   Tatabahasa30.11.2014

Kembali ke atas