Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.kan.da] | ککندا

Definisi : bh panggilan yg bermakna ‘kakak’ atau ‘abang’ (sekarang biasanya digunakan dlm surat-menyurat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.kan.da] | ککندا

Definisi : bh kakak atau abang (digunakan dlm surat-menyurat dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kakanda (kata nama)
Bersinonim dengan kanda, kakak, abang, kangmas, mas, akang;,

Puisi
 

Buah betik buah yang rendang,
     Mari kukupas dengannya kuku;
Kakanda balik berjalan seorang,
     Mari dihantar sampai ke pintu.


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

PantunSumberTema
Encik Leman menunggang kuda, Bawa kuda di bawah bukit; Iman jatuh kerana kakanda, Kakanda bimbang bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah betik buah yang rendang, Mari kukupas dengannya kuku; Kakanda balik berjalan seorang, Mari dihantar sampai ke pintu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima?Kurik Kundi Merah SagaAdat
Baju hitam kancing tujuh, Mari letak tepi dulang; Kalau kakanda berani sungguh, Ambil saya di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tudung saji dibawa orang, Kerana banyak kuih juadah; Untung sekali kakanda datang, Bila tidak kasih berpindah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pokok nyiur di tepi laut, Anak sembilang di bawah batang; Kakanda tuan melangkah laut, Dualah pulang tiga datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan dolok bertanam pisang, Tanamlah pisang tepi perigi; Jangan dolok kakanda pulang, Biarlah kita sampai ke pagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kerusi dalam puan, Alun-alun tepi jeraya; Sampai hati kakanda tuan, Dibuang lalu kepada saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Lotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123

Kembali ke atas