Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ki] | کاکي

Definisi : 1 bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dan digunakan utk berjalan, berdiri dll: Dia melunjurkan ~nya. 2 bahagian (drpd) kaki 1 yg di bawah sekali: ~nya luka terkena kaca. 3 bahagian yg menopang atau yg menyangga sesuatu: ~ kerusi bahagian kerusi sebelah bawah yg bertumpu ke lantai. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah: ~ bukit bahagian bukit yg di sebelah bawah. 5 satuan ukuran panjang yg panjangnya dua belas inci: Jambatan itu panjangnya enam ratus ~. 6 penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung. 7 ki orang yg suka melakukan sesuatu atau yg terlalu gemar akan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak. ~ ayam a. kaki pd ayam. b. kaki yg tidak berkasut. ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. ~ bangku a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. ~ botol orang yg suka minum minuman keras atau minuman yg memabukkan. ~ bunga bekas (tempat) meletakkan bunga. ~ gaduh orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. ~ hutan tepi atau pinggir hutan. ~ langit bahagian langit yg kelihatan seakan-akan bertemu dgn permukaan laut atau bumi. ~ lima a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. ~ pancing orang yg suka memancing dan biasanya yg pandai memancing. ~ seluar bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. ~ tangan a. kaki dan tangan manusia. b. orang yg diperalat oleh orang lain. ~ tiga alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. berkaki mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. mengaki 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. pekaki; ~ layar galah besar yg di sebelah bawah layar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Puisi
 

Kaki melila panjang disepak,
     Orang mengail di Lubuk Johor;
Sudah kubanding muda segak,
     Hitamlah manis rambutnya kejur.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Kaki terdorong badan merasa;
     lidah terdorong emas padahnya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kewek[kE.wE/]kata adjektifberkenaan kaki yang cacat contoh kaki pendek sebelah dan lain-lain, capik, pincang, tempang.Ore tuh tok leh jale cepak, pasa kaki diyo kewek.[.ÄE tuh t/ leh dZ:A.lE tS«.pA/ pA.sA kA.ki di.j kE.wE/]Orang tu tak boleh berjalan cepat kerana kakinya tempang.
beco[bE.tS]kata adjektifbengkak dan bernanah pada jari tangan atau kaki.Jari kaki diyo beco pasa cocoh duri.[dZA.Äi kA.ki di.j bE.tS pA.sA tS:.tS)))h du.Äi]Jari kaki dia bengkak dan bernanah kerana tercucuk duri.
patoh jete[pA.toh dZ«.tE] penyakit pecah-pecah kulit pada kaki.Tapok kaki aku raso sakek bena pasa keno nyakek patoh jete.[tA.p/ kA.ki A.ku ÄA.s sA.ke/ b«.nA pA.sA k«.n ø:A.ke/ pA.th dZ«.tE]Tapak kaki saya rasa sungguh sakit kerana terkena penyakit pecah-pecah kulit.
sebaye[s«.bA.jE]kata namakudis di bahagian kuku kaki dan tangan, cekam.Kaki diyo tu sebaye, busuk banga.[kA.ki di.j tu s«.bA.jE bu.su/ b:A.NA]Kaki dia berkudis, baunya sangat busuk.
kaki aye[kA.ki A.jE] sejenis kuih yang dibuat daripada keledek yang dipotong panjang, disalut tepung dan digoreng.   
reje[Ä«.dZE]kata kerjamenghentak-hentakkan kaki (kanak-kanak) kerana marah, meradang.Budok ni kalu me’e gak, reje kaki slalu.[bu.d/ ni kA.lu m:E/.e gA/ Ä«.dZE kA.ki slA.lu]Budak ni kalau meradang, terus menghentak-hentakkan kakinya.
jinjeng[dZ:in.dZeN]kata kerjaberdiri di atas jari kaki.Budok tu jale jinjeng, pasa tumik kaki diyo sakek.[bu.d/ tu dZ:A.lE dZ:in.dZeN pA.sA tu.mi/ kA.ki di.j sA.ke/]Budak tu berjalan dengan jari kakinya kerana tumitnya sakit.
kateh[kA.tEh]kata namakaki.Budok tu kateh panje, pasa tu buleh lari derah.[bu.d/ tu kA.tEh pAn.dZE pA.sA tu bu.leh lA.Äi d«.ÄAh]Budak tu kaki panjang, sebab tulah dia boleh berlari pantas.
bolok[b:.l)/]kata kerjaberlumuran dengan sesuatu (melekit dan berair).Kaki Pok Heng bolok denge seluk, pasa diyo baru balek baroh.: :Kaki Pak Him berlumuran selut sebab baru balik dari sawah.
glehoh[glE.hh]kata namatersalah urat, terseliuh, tergeliat.Kaki diyo bekok, pasa glehoh mareng.[kA.ki di.j b«.k/ pA.sA glE.hh m:A.ÄeN]Kaki dia bengkak kerana tersalah urat semalam.
123

Kembali ke atas