Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ki] | کاکي

Definisi : 1 bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dan digunakan utk berjalan, berdiri dll: Dia melunjurkan ~nya. 2 bahagian (drpd) kaki 1 yg di bawah sekali: ~nya luka terkena kaca. 3 bahagian yg menopang atau yg menyangga sesuatu: ~ kerusi bahagian kerusi sebelah bawah yg bertumpu ke lantai. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah: ~ bukit bahagian bukit yg di sebelah bawah. 5 satuan ukuran panjang yg panjangnya dua belas inci: Jambatan itu panjangnya enam ratus ~. 6 penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung. 7 ki orang yg suka melakukan sesuatu atau yg terlalu gemar akan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak. ~ ayam a. kaki pd ayam. b. kaki yg tidak berkasut. ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. ~ bangku a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. ~ botol orang yg suka minum minuman keras atau minuman yg memabukkan. ~ bunga bekas (tempat) meletakkan bunga. ~ gaduh orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. ~ hutan tepi atau pinggir hutan. ~ langit bahagian langit yg kelihatan seakan-akan bertemu dgn permukaan laut atau bumi. ~ lima a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. ~ pancing orang yg suka memancing dan biasanya yg pandai memancing. ~ seluar bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. ~ tangan a. kaki dan tangan manusia. b. orang yg diperalat oleh orang lain. ~ tiga alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. berkaki mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. mengaki 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. pekaki; ~ layar galah besar yg di sebelah bawah layar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaki (kata nama)
1. Dalam konteks anggota badan
bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,

2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,

3. Dalam konteks ukuran
bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,

4. Bersinonim dengan penyangga: penopang

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,


Puisi
 

Kaki melila panjang disepak,
     Orang mengail di Lubuk Johor;
Sudah kubanding muda segak,
     Hitamlah manis rambutnya kejur.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Kaki terdorong badan merasa;
     lidah terdorong emas padahnya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ankle~ deep, dgn kaki terbenam ke paras /buku lali, mata kaki, pergelangan kaki/: he stood ~ deep in mud, dia berdiri dgn kakinya terbenam ke paras buku lali; ~ high, separas /buku lali, mata kaki, pergelangan kaki/; /turn, twist/ o’s ~, kaki sso /terseliuh, terpelecok, tergeliat/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-footern (be of a specified feet in length) panjangnya [numeral] kaki, [numeral] kaki panjang; (be of a specified feet in height) tingginya [numeral] kaki, [numeral] kaki tinggi: my brother is a six~, abang saya tingginya enam kaki or abang saya enam kaki tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
footpathn lorong jalan kaki, laluan kaki.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
treadn 1. a. sound of walking, (bunyi) hentakan kaki, bunyi tapak kaki: the heavy ~ of marching men could be heard, kedengaran bunyi hentakan kaki orang berkawat; b. act of walking, langkah: he paced the room with measured ~, dia mundar-mandir di bilik itu dgn langkah yg teratur; c. contact between foot and surface, pijakan: the steps have been worn by the continual ~ of people, anak-anak tangga yg menjadi usang akibat pijakan orang terus-menerus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pedestriannpejalan kaki: a ~ had been knocked down by a bus, seorang pejalan kaki telah dilanggar bas; ~ traffic, lalu lintas pejalan kaki; ~ precinct, kawasan jalan kaki.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
limp 1 n walking in an uneven manner, a. (due to a defect) (kaki) /tempang, pincang, capik/; (when one leg is shorter than the other) kaki rengkat, (kaki) /tempang, pincang, capik/: the bullet wound left him with a pronounced ~, cedera akibat terkena peluru menyebabkan dia tempang; b. (due to a temporary injury) terdengkot-dengkot: his leg was injured during a hockey game and he went round with a ~ for several days, kakinya cedera semasa bermain hoki dan dia berjalan terdengkot-dengkot beberapa hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
limp 1 n walking in an uneven manner, a. (due to a defect) (kaki) /tempang, pincang, capik/; (when one leg is shorter than the other) kaki rengkat, (kaki) /tempang, pincang, capik/: the bullet wound left him with a pronounced ~, cedera akibat terkena peluru menyebabkan dia tempang; b. (due to a temporary injury) terdengkot-dengkot: his leg was injured during a hockey game and he went round with a ~ for several days, kakinya cedera semasa bermain hoki dan dia berjalan terdengkot-dengkot beberapa hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pissheadn (sl), /kaki, tahi/ arak, kaki botol.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
footn 1. part of body at the end of the leg, kaki: he has large feet, kakinya besar; the cat lay curled at her feet, kucing tidur berlingkar di kakinya; ~ pump, pam kaki; 2. operating on foot, (dgn) berjalan kaki: ~ soldier, askar berjalan kaki; ~ patrol, rondaan dgn berjalan kaki; 3. (unit of measurement) kaki: she’s five feet two, tingginya lima kaki dua inci; a three foot rule, kayu pembaris yg panjangnya tiga kaki; she stood two feet away from the group, dia berdiri jarak dua kaki dr mereka; you’ll find the reference at the ~ of the page, kamu akan dapati rujukannya di kaki halaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
walkaboutn; go ~, pergi berjalan kaki: let’s go ~ in the countryside, mari kita pergi berjalan kaki di desa; /go on, do/ a ~, pergi melawat dgn berjalan kaki: the Queen went on a ~ at the new park, Ratu itu pergi berjalan kaki melawat taman yg baru dibuka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas