Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ku] | کاکو

Definisi : 1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkata-kata) dgn lan­car; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerak-geri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~; kekakuan perihal atau keadaan kaku, keke­juran, kecanggungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ku] | کاکو

Definisi : 1 tidak dpt dilenturkan; kejang: Kerana sejuk, kedua-dua belah tangannya menjadi ~. 2 ki tidak lancar (bkn cerita, gaya, gerak-geri dll); canggung; tidak hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaku (adjektif)
1. Bersinonim dengan kejang: kejur, tegang, keras,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan canggung, kekok, janggal.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Walaupun jarang dilihat dan dianggap sedikit kaku, bolehkah kaum bukan Melayu (termasuk bukan Islam) memberikan salam dengan "Assalamualaikum" dan juga mengujar "Alhamdulillah", dan sebagainya?Menurut Kamus Dewan, memberi salam bermaksud mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb). Tiada halangan untuk mereka yang bukan beragama Islam untuk mengucapkan perkataan seperti Assalamualaikum dan Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, bagi orang Islam pula mereka boleh menjawab salam tersebut jika salam yang diucapkan itu tidak memberi makna yang salah. Berlaku sedikit perselisihan pendapat antara ulama’ dalam menentukan lafaz yang sepatutnya diucapkan ketika menjawab salam mereka. Tuan boleh merujuk permasalahan ini di laman web https://muftiwp.gov.my/ Terima kasih. 


Lain-lain15.10.2020
Bulan Yang tidak dipagari bintang Cahayanya yang menerangi Gelap gulitanya malam Bediri kaku seorang insan Terpesona dek kemilauan Sang bulan Indah sunguh purnama malam ini Membuat diri memuji kebesaran Ilahi Dan mengarang sebuah puisi ASSALAMUALAIKUM TUAN, SAYA MEMINTA UNTUK PIHAK TUAN MENYEMAK HASIL PENULISAN RINGKAS SAYA DI ATAS INI TERIMA KASIHTuan, sila hantar hasil nukilan tuan ini ke bahagian Majalah atau Buku Umum DBP untuk dinilai secara betul.Sastera28.02.2019
apakah maksud Jumudkan

Saudara,

Maksud jumud ialah beku, kaku, kolot. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna31.12.2009
Rambut Aminah [tegang] setelah disapu dengan gel. Adakah perkataan 'tegang' tepat penggunaannya? Kalau salah, apakah perkataan yang lebih tepat? Tegak? Lurus? Kaku? Terima kasih.Perkataan yang lebih tepat ialah keras.Tatabahasa27.05.2010
Apakah kedudukan bahasa Melayu baku dalam konteks Malaysia hari ini? Adakah masih dikuatkuasakan penggunaannya dalam kalangan rakyat Malaysia ? Pengguna bahasa Melayu keliru dengan sebutan baku yang kaku. Contohnya koir sepatutnya dibaca ko+ir tetapi menjadi koyer, kehijauan sepatutnya dibaca ke+hi+jau+an tetapi menjadi kehijauwan, pakaian sepatutnya dibaca pa+kai+an tetapi menjadi pakaiyan.

Encik Rizuan,

Bahasa Melayu baku masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Untuk makluman saudara, perkataan koir ialah padanan perkataan choir dalam bahasa Inggeris. Perkataan choir telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan disuai padan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (c/ch - k). Penetapan ini telah diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Istilah (Kesenian) dan Kamus Dewan. Sebutan  bagi perkataan ini ialah koir bukan koyer, begitu juga dengan kehijauan disebutan ke.hi.jauan, pakaian disebut pa.kaian.

Ejaan11.05.2010
Salam. Saya nak tanya, adakah perkataan "tegar" boleh bermaksud "berpendirian tegas"? Mohon pencerahan. Terima Kasih =)Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras;Istilah14.06.2014
Penggunaan perkataan "tegang-tegang" dan "cekang-cekang". Contohnya untuk menarik tali yang dililit pada batang pokok kelapa.Kelasi mengikat tegang-tegang tali kapal yang baru berlabuh itu. Cekang juga bermaksud tegang atau kaku berkaitan tubuh badan dan sebagainya. Dalam konteks makna yang tuan maksudkan penggunaan perkataan tegang-tegang tidak sama dengan cekang-cekang.Tatabahasa30.07.2013
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih

Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras;

Makna05.04.2009
Salam, Saya ada beberapa soalan. Yang pertama, bagaimana cara yang betul untuk menggunakan perkataan 'tersedia'? Saya lihat banyak penggunaannya terutama dalam terjemahan dari perkataan bahasa inggeris, 'available'. Contoh, Wifi is available = Wifi telah tersedia. Adakah penggunaan ini betul dan tepat? Yang kedua, bagaimana untuk menulis e-mel yang boleh menggantikan istilah "Dear {Nama Penuh}" dan "Sincerely" dalam bahasa melayu supaya tidak berbunyi terlallu formal atau kaku? Terima Kasih1. Contoh istilah yang menggunakan perkataan tersedia adalah seperti yang berikut:

available nutrient - nutrient tersedia
standing cost - kos tersedia
available energy - tenaga tersedia
built-in control - kawalan tersedia

Sehubungan dengan itu, "tersedia" tidak semestinya padanan bahasa Melayu untuk ""available" sahaja, tetapi juga perkataan lain seperti "standing" dan "built-in" bergantung pada konsep. Dalam konteks yang diberikan, kami berpendapat "Wifi telah tersedia" tidak sesuai digunakan. Sekiranya perkataan ini digunakan dalam premis tertentu, biasanya lambang Wifi, tulisan Wifi atau Wifi Percuma sahaja dipaparkan,

2. Dalam e-mel urusan rasmi, biasanya kami menggunakan tuan atau puan di bahagian atas. Di bahagian bawah selepas "Sekian, terima kasih." terus diletakkan nama pegawai. Kami tidak menggunakan "Yang benar" atau "Saya yang menurut perintah" dalam e-mel.
Istilah02.02.2017
12

Kembali ke atas