Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.la] | کالا

Definisi : masa, waktu, ketika; ada ~nya, ada masanya (ketikanya), kadang­kadang; barang ~ sebarang waktu; dahulu ~ zaman dahulu, purbakala; pd ~ pd masa, pd waktu; sekala; projek ~ projek yg dilaksanakan sekali sahaja dgn peruntukan khas; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang; berkala (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); tiada ~ tiada tetap waktunya; berkala-kala terkadang-kadang, dr semasa ke semasa; keberkalaan keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.la] | کالا

Definisi : sj binatang kecil yg mempunyai empat pasang kaki dan sengat pd ekornya; jenis­-jenisnya: ~ bangkang, ~ jengking, ~ pisang dll; bintang ~ suatu gugusan bintang (akrab). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.la] | کالا

Definisi : NS; tali ~ tali tempat berpaut utk perempuan bersalin, tali agas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.la] | کالا

Definisi : masa; ketika; waktu: pd ~ pd masa; ada ~nya ada ketikanya; ada masanya; berkala berulang-ulang diterbitkan pd waktu yg tetap (bkn majalah dll). berkala-kala sekali-sekali; terkadang-kadang. sekala; sekali-~ kadang-kadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.la] | کالا

Definisi : beberapa jenis binatang berkaki lapan, bersepit dan ekornya bersengat. ~ bangkang kala yg berwarna hijau kehitam-hitaman yg biasanya terdapat di tempat-tempat gelap, Heterometrus longimanus. ~ jengking kala yg berwarna kekuning-kuningan dan berbintik-bintik hitam yg biasanya terdapat di rumah-rumah, Isometrus maculatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kala (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, ketika.,

Puisi
 

Selinsing selinduk,
     Anak kala memanjat pinang;
Inilah cincin sebentuk,
     Tanda kita mengikat tunang.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kadangkala, kadang kala, kadang-kala yang manakah betul?kadangkalaEjaan30.10.2014
Hello min, adakah perkataan seyogianya dan di kala itu wujud?Wujud. Kata tersebut dan maknanya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 2522 (seyogianya) dan 945 (kala). Kata sendi yang betul bagi kala ialah pada; pada kala ini.Makna18.01.2024
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan.Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay – English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.Ejaan14.12.2017
"kadangkala" dan "adakala" disenaraikan sebagai ejaan yang betul di dalam Kamus Dewan dan Kamus Tatabahasa m/s 74. Namun, mengapakah "kadang kala" dan "ada kala" disenaraikan sebagai padanan untuk terjemahan "sometimes"?
Ejaan yang betul ialah kadangkala dan adakala. Rujukan  utama yang digunakan ialah buku Tatabahasa Dewan. 
Penyemakan dan penterjemahan01.01.2021
kadang kala atau kadangkalakadangkalaEjaan14.09.2011
Adakah perkataan "kadang kala" boleh diletakkan di pangkal ayat? Kadang kala kita berasa sedih tanpa sebarang sebabYa, perkataan kadangkala (satu perkataan) boleh juga digunakan pada pangkal ayat.Tatabahasa08.08.2019
Boleh saya mohon pengesahan untuk pengejaan berikut: 1. kadangkala atau kadang kala 2. adakala atau ada kala 3. adakalanya atau ada kalanya -liyanaEjaan yang betul ialah:
1. kadangkala
2. adakala
3. ada kalanya 
Ejaan01.01.2021
Bagi perkataan yang berakhir dengan -isme, bilakah kita perlu menghurufbesarkannya? Contoh: Konfusianisme Dalam sistem prpm, kadang kala dimulakan dengan huruf besar, kadang kala ia dimulakan dengan huruf kecil, bergantung kepada kamus yang berlainan.Ejaan yang betul ialah konfusianisme sama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan21.06.2012
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera.Lain-lain15.08.2012
adakala atau ada kala? bagaimanakah kita boleh bezakan perkataan itu dijarakkan atau dekat? TQEjaan yang betul ialah "adakala" dirapatkan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 4 dan 7 untuk maklumat yang lebih jelas.Ejaan20.09.2015
1234567

Kembali ke atas