Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lah] | کاله

Definisi : 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg me­nurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan men­dapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau mele­bihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lah] | کاله

Definisi : 1 tewas dlm perlawanan, pertandingan dll; tidak menang: Pasukan hoki sekolahnya ~ dlm perlawanan itu. ~ mati cara atau peraturan dlm pertandingan yg tidak membolehkan pihak yg kalah bertanding lagi (dlm perlawanan seterusnya). 2 menanggung rugi kerana tidak menang dlm perjudian dll: Dia berjudi dan ~ lima puluh ringgit. 3 kurang drpd kepandaian atau kebolehan orang lain; tidak setanding: Kebolehannya tidak ~ apabila dibandingkan dgn kebolehan abangnya. tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menyerah atau tidak mahu menurut kemahuan orang. mengalah tidak mahu melawan atau tidak mahu menentang; tidak mahu mempertahankan pendapat dll; menyerah: Dia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi. mengalahkan melawan atau menentang hingga lawannya kalah; menundukkan lawan atau musuh dll: Kerana keberanian dan kecekapan kanak-kanak lima sekawan itu, mereka berjaya ~ perompak-perompak itu. terkalahkan dpt dikalahkan. kekalahan keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Puisi
 

Berjudi kalah lari ke mana,
     Lari ke hutan ke celah rimba;
Abang nak bujang sampai ke mana,
     Kalau tak boleh macam adinda.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Adat juara kalah menang.

Bermaksud :

Tiap-tiap usaha ada laba ruginya.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
defeatedadj kalah, tewas: the ~ party, pihak yg kalah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
second-best come off ~, (colloq) kalah: they came off ~ in the debate, mereka kalah dlm perdebatan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
losern 1. defeated person, orang yg kalah: the ~ received the consolation prize, orang yg kalah itu menerima hadiah sagu hati; bad ~, (orang yg) /sentiasa hendak menang, tdk boleh menerima kekalahan/; good ~, (orang yg) dapat menerima kekalahan; 2. (derog) a failure, a. (person), (orang yg) selalu /gagal, malang/: he’s a real ~, betul-betullah dia orang yg selalu gagal; b. (st), (sst yg) tdk boleh berjaya: that business of yours is a ~, perniagaan kamu itu tdk boleh berjaya; born ~, lebai malang; 3. person who will be in a worse position, (orang yg) rugi: you’ll be the ~ if he leaves, kamu akan rugi jika dia berhenti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lickingn 1. (colloq) defeat, kalah: the team got a good ~ in the semi-final, pasukan itu kalah teruk pd peringkat separuh akhir; 2. (colloq) thrashing, menyebat, memukul, menyesah: I’ll get a ~ if father finds out I didn’t go to school, saya akan disebat kalau ayah tahu saya tdk pergi ke sekolah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lickingn 1. (colloq) defeat, kalah: the team got a good ~ in the semi-final, pasukan itu kalah teruk pd peringkat separuh akhir; 2. (colloq) thrashing, menyebat, memukul, menyesah: I’ll get a ~ if father finds out I didn’t go to school, saya akan disebat kalau ayah tahu saya tdk pergi ke sekolah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unbeatenadj not defeated, tdk pernah kalah: the only ~ team in the competition, satu-satunya pasukan yg tdk pernah kalah dlm pertandingan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sponge throw /in, up/ the ~, (fig. & colloq) mengaku kalah: don’t throw in the ~ now, when you are so near to success, jangan mengaku kalah sekarang, sewaktu kamu hampir-hampir berjaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worstget the ~ of it, kalah: Hamid and Ishak are fighting again and Hamid seems to be getting the ~ of it, Hamid dan Ishak sedang bergaduh lagi dan nampaknya Hamid yg akan kalah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
surrendern 1. act of surrendering, menyerah (kalah): after the German’s ~ the whole might of the Allied forces was directed against the Japanese, selepas pihak Jerman menyerah kalah kekuatan tentera Bersekutu tertumpu pd usaha utk menentang pihak Jepun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worstcome off ~, kalah, tewas: in all their previous matches, Robson had come off ~, dlm semua pertandingan mereka sebelum ini, Robson tewas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas