Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata, perkataan; ~ Allah = kalamullah kata-kata Allah; akhirul ~ akhirnya (penutup kata); berpanjang ~ berkata panjang lebar; ilmu ~ ilmu bkn iman; tammatul-~ tamatlah perkataan, selesailah kisah (cerita). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. alat utk menulis (drpd kabung dll); ~ batu pena atau alat utk menulis pd papan batu; 2. sl kemaluan (lelaki): maka Bendahara pun hairanlah melihat ~ raja seperti dikhatankan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn sj pasir hitam bercampur emas yg diayak; semiang ~ sangat sedikit, terlalu kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata; perkataan: ~ Allah perkataan (kata) Allah; akhirul~ akhir kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 alat utk menulis yg dibuat drpd pelepah kabung dll; pena: ~ batu pena utk menulis pd papan batu. 2 kemaluan lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalam

Puisi
 

Awak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat;
     Mengeluh juga tengah malam,
Sakit nan tidak dapat ubat.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut tepat Membaca penggerak kalam ilmu Kalam beerti pen.

Ayat yang dikemukakan oleh saudara mengelirukan, “Membaca penggerak kalam ilmu Kalam beerti pen.”

Ayat tersebut juga salah. Cadangan ayat: 1.Membaca jambatan ilmu. 2.Membaca menambahkan ilmu.

Tatabahasa25.02.2014
Kalam Murabbi TUES 18:10 Assalamulaikum Di mana saya boleh mendapatkan majalah terpakai DBP dengan harga yang cukup rendah? Saya orang KelantanDBP tidak menjual majalah terpakai, selain majalah terbitan baharu dan lama yang belum terjual. Bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain21.03.2017
Apakah syarahan Agung Sasterawan Negara,anjuran KALAM,JKKN dan DBP di Dewan Bahasa dan Pustaka,15 Disember 2009,SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh?Saya ingin menjadikan sesetengah syarahannya untuk digunakan dalam kerja kursus saya.Untuk makluman Syarahan Agung Sasterawan Negara tersebut dianjurkan oleh KALAM dengan kerjasama DBP.  Yang ada maklumat tentang program ini ialah KALAM.  Saudara boleh menghubungi KALAM atau setiausahanya En. Taib Nordin di DBP Sarawak 082-227030.Sastera13.08.2014
Merujuk kepada soalan sebelum ini, saya melihat satu ayat pada dinding pusat sumber sekolah iaitu : "Membaca Penggerak Kalam Ilmu" Saya telah mencari maksud kalam (pen), jadi saya beranggapan ayat tersebut tidak tepat maksudnya. Adakah pendapat saya benar? Jika benar, saya akan maklumkan kepada pihak pusat sumber sekolah untuk menukar slogan tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "kalam" bermaksud pena atau kata. Oleh itu, "kalam" memang tidak sesuai dan tidak tepat penggunaannya dalam dalam konteks  tersebut.Makna21.03.2014
Assalamualaikum,adakah ayat "Al-Quran itu adalah kalam Allah " betul, atau perlu tulis "Al-Quran itu adalah kalamullah".Kedua-dua ayat tersebut betul kerana kalam Allah dan kalamullah sama maksudnya.Tatabahasa18.04.2012
Salam. Saya mahu bertanya dalam buku Antologi Kalam Pertama terbitan DBP 2011, terdapat puisi hasil tulisan Mohd Haikal bin Aminuddin yang berjudul "Khusyuk" atau "Kusyuk"?Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat semakan tentang perkara berkenaan.Tatabahasa20.10.2015
SAYA INGIN MENGETAHUI DEFINISI WAHYUMaknanya ialah firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna23.11.2009
Assalamualaikum, pada sesetengah kitab Tauhid, perkataan "al-sam'," diterjemahkan sebagai "pendengaran," dan "al-basar" sebagai penglihatan untuk menyelaraskan terjemahan tersebut dengan masdar (kata dasar) bahasa Arab, menunjukkan ianya sebagai sifat dan membezakannya dengan kata kerja. Akan tetapi, perkataan "al-kalam" diterjemahkan sebagai "berkata-kata" iaitu kata kerja dan tidak diterjemahkan sebagai "pengataan" dan istilah ini tidak saya temui dalam carian saya. Apakah cadangan istilah yang sesuai untuk diterjemahkan perkataan ini? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas perhatian pihak tuan.Al-sam', al-basar, dan al-kalam merujuk kepada sifat Allah. Bagi perkataan al-kalam, terjemahan yang sesuai ialah "berkata-kata" iaitu merujuk kepada sifat Allah yang berkata-kata. Perkataan "pengataan" tidak gramatis dan tiada di dalam Kamus Dewan edisi keempat.Istilah20.04.2011
Nur Farizah FRI 11:46AM As Salam ... Saya ingin membantu sahabat saya Nama Pena : Puteri Kalam. Beliau ber giat aktif dalam penulisan cerpen suatu ketika dulu. Awal 1990 an. Pernah memenangi pertandingan cerpen utama remaja utusan Melayu public bank 1990 seangkatan lim Swee tin Nm sbnr .. Putri Suzana Aida Beliau tidak sihat dalam tempoh yang lama.. Dan kini semakin sembuh. Beliau ingin mendapatkan semula koleksi2 cerpen memandabgkan beliau berhasrat untuk menulis semula. Moga pihak tuan dapat memberi pandangan dan info terkini. No telefon saya 0192764141 Terima kasihKami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan pihak penganjur, iaitu Utusan Melayu (M) Berhad untuk urusan berkenaan. DBP tidak berhak menyimpan karya pihak luar yang tidak diterbitkan melalui DBP. Jika ada karya tuan diterbitkan melalui majalah keluaran DBP, tuan boleh membuat semakan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Lain-lain15.07.2016
adakah perkataan 'akhirulkalamnya' atau 'akhirkalamnya'boleh digunakan sebagai pengganti perkataan 'kesimpulannya'dalam penutup karangan??? terima kasihAkhir kalam sama maksudnya dengan akhir kata, dan lazimnya dalam penulisan disebut sebagai kesimpulan.Tatabahasa31.07.2010
12

Kembali ke atas