Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata, perkataan; ~ Allah = kalamullah kata-kata Allah; akhirul ~ akhirnya (penutup kata); berpanjang ~ berkata panjang lebar; ilmu ~ ilmu bkn iman; tammatul-~ tamatlah perkataan, selesailah kisah (cerita). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. alat utk menulis (drpd kabung dll); ~ batu pena atau alat utk menulis pd papan batu; 2. sl kemaluan (lelaki): maka Bendahara pun hairanlah melihat ~ raja seperti dikhatankan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn sj pasir hitam bercampur emas yg diayak; semiang ~ sangat sedikit, terlalu kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata; perkataan: ~ Allah perkataan (kata) Allah; akhirul~ akhir kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 alat utk menulis yg dibuat drpd pelepah kabung dll; pena: ~ batu pena utk menulis pd papan batu. 2 kemaluan lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalam

Puisi
 

Awak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat;
     Mengeluh juga tengah malam,
Sakit nan tidak dapat ubat.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Awak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Asah-asah tajam kalam, Mari ditulis di kertas Cina; Sungguhpun tetak patah di dalam, Syarat ubat carinya kena.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apabila duduk menulis, Jangan mematah kalam; Apabila duduk di majlis, Jangan berlidah tajam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hendak berjalan parang tak ada, Hujan lebat badanku basah; Hendak berpesan orang tak ada, Berkirim surat kalam pun patah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas