Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.la.ngan] | کالڠن

Definisi : 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Peranchis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golong­an atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.la.ngan] | کالڠن

Definisi : 1 kelompok orang atau kelompok bangsa tertentu; golongan; lingkungan: ~ atasan golongan orang-orang yg berpangkat tinggi; orang-orang besar. 2 lingkaran di keliling bulan, matahari dll; gelanggang. ~ ayam tempat menyabung ayam; gelanggang ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalang (kata nama)
Bersinonim dengan galang, landasan, penyangga, ganjal, penopang, penunjang;,
Kata Terbitan : kalangan,

Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ricketriketMakanan dan PemakananTeknologi MakananPenyakit kecacatan tulang di kalangan kanak-kanak yang membesar disebabkan oleh kekurangan vitamin D dalam tubuh yang mengakibatkan kurangnya penyerapan kalsium. Di kalangan orang dewasa penyakit ini dikenali sebagai osteomalasia yang mengakibatkan tulang menjadi lembut.
oral self-mutilationmencederakan mulut sendiriPergigianTiadaPerbuatan mencederakan tisu mulut sendiri dalam kalangan kanak-kanak. Perbuatan ini diperoleh melalui tabiat yang dilakukan berulang kali. Insiden ini lebih meluas dalam kalangan kanak-kanak cacat mental. Kanak-kanak yang mencederakan diri sendiri dianggap tidak normal dari segi psikologi dan perlu mendapatkan penilaian psikologi dan rawatan. Tisu yang kerap dicederakan ialah bibir, gusi, lidah dan mukosa mulut. Alat pelindung tisu atau kekangan boleh digunakan bagi mengendalikan kes ini.
managing diversitypengurusan kepelbagaianPengurusanPerancanganPendekatan pihak pengurusan sumber manusia mengenal pasti dan mengiktiraf perbezaan atau kelainan yang wujud dalam kalangan individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Pengurusan kepelbagaian ini penting untuk memastikan toleransi dan harmoni dicapai dalam kalangan tenaga kerja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bagi mencapai matlamat organisasi. Tindakan pengurusan adalah dengan memberikan pendedahan dan latihan kepekaan yang berbeza mengikut perbezaan keperluan individu atau kumpulan dalam organisasi. Contohnya, menyediakan prasarana dan kemudahan di tempat kerja yang sesuai untuk golongan kelainan upaya.
pawn qualification ratekadar kelayakan gadaianEkonomiEkonomi IslamPeratusan tertentu daripada nilai barang gadaian yang boleh diberi sebagai pinjaman. Kadar ini boleh berbeza dalam kalangan pegadai berdasarkan kemampuan dan strategi pasaran. Kadar ini boleh berbeza dalam kalangan penggadai berdasarkan kebolehpercayaan kredit masing-masing. Kadar ini boleh berubah-ubah mengikut masa sebagai insentif bagi mewujudkan hubungan jangka panjang antara penggadai dengan pegadai
linguistic circlekalangan ahli linguistikLinguistikTiadaTiada
alteration halokalangan perubahanGeologiTiadaTiada
cooptationpilih lantikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau aksi melantik seseorang yang bukan daripada kalangan ahli organisasi untuk mengetuai sesuatu tugas atau jawatan. Tindakan ini dilakukan atas beberapa sebab antaranya bertujuan mengukuhkan kedudukan organisasi tersebut. Kooptasi ini dilakukan kerana pemimpin yang dipilih itu mempunyai pengaruh yang besar dan karisma yang tinggi serta dapat mengekang dan membendung saingan politik yang diwujudkan oleh individu tersebut terhadap organisasi itu. Selain itu, kooptasi juga bermatlamatkan untuk mengimbangi kuasa di kalangan kelompok yang bersaing dalam sesuatu arena dan dengan ini dapat melebarkan lagi kedudukan sesebuah organisasi dalam saingan tersebut. Contohnya, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dipilih lantik dalam UMNO pada tahun l98l. Sinonim kooptasi.
international societymasyarakat antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang menyatakan negara berupaya menubuhkan satu masyarakat dalam kalangan mereka sendiri berasaskan persetujuan bersama dalam mengadakan peraturan dan institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hubungan mereka. Peraturan dan institusi yang berkaitan pula dikekalkan kerana mereka mempunyai kepentingan bersama. Konsep ini berbeza dengan konsep masyarakat dunia yang berasaskan perkongsian identiti dalam kalangan individu dan masyarakat antarabangsa berasaskan negara sebagai unit utamanya. Contohnya, masyarakat antarabangsa yang wujud sehingga hari ini ialah Kesatuan Eropah. Kesatuan ini terdiri daripada beberapa buah negara Eropah yang telah bekerjasama dalam banyak hal, termasuk dalam bidang keselamatan dan ketenteraan. Kerjasama antara negara anggota ini mampu dikekalkan disebabkan kepentingan bersama.
dulosisdulosisBiologiEntomologiPerhambaan di kalangan semut. Dalam perhambaan ini, semut sesuatu spesies menawan semut spesies lain untuk dijadikan pekerja, misalnya semut perang yang hidup dan bekerja di dalam sarang semut merah. hetolisme.
variationkepelbagaianBiologiGenetikPerbazaan di kalangan individu dalam spesies yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas