Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kalau (kata tugas)
Bersinonim dengan jika, jikalau, seandainya, sekiranya, misalnya, bila, senyampang.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan dalam bahasa melayu tak boleh menlebihi 14 patah perkataan? kalau begitu bagaimana boleh mengeja menanggalkannya?Tidak terdapat peraturan atau pedoman di mana-mana yang menyatakan sedemikian.Lain-lain03.07.2008
Mengikut saranan Buku Tatabahasa Dewan, perkataan terbitan dipenggalkan mengikut kata dasar dan imbuhannya. Kalau begitu, adakah pemenggalan ma-kan-an betul?

Yang betulnya ialah ma-ka-nan. Sila rujuk buku Daftar Kata Ejaan Rumi-Sebutan-Jawi.

Tatabahasa06.08.2010
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini?

1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk.

2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan.
Tatabahasa07.12.2014
apakah perbizaan diantara kalimah "dewan kukuliah" dengan "bilik darjah" kami seorang pelajar yang tidak maher dalam kalimah melayu lagi kami adalah rakyat thai sedang digkuna bahasa thai kalau begitu kami harapkan anda di jawabkan soalan kami terimakasih dengan di hormati Abdullah bin AhmadDewan kuliah bermakna suatu ruang yang besar untuk mengadakan sesuatu acara seperti persidangan, perjumpaan, forum dan syarahan yang memuatkan peserta yang ramai. Manakala bilik darjah ialah ruang yang terhad atau kecil untuk mengadakan kelas pengajaran dan pembelajaran yang memuatkan tidak ramai pelajar. Dewan kuliah sering digunakan di pusat pengajian tinggi, sementara bilik darjah digunakan di sekolah rendah dan menengah.Makna27.12.2007
Saya ada bertanya : (A) daripada umur 10 tahun hingga umur 15 tahun (B) dari umur 10 tahun hingga umur 15 tahun Frasa manakah yang betul dan mengapa? Saya dimaklumkan jawpannya ialah (B). Kalau begitu apa bezanya dengan soalan dalam lampiran ini.

Ia merujuk kepada konteks ayat

1.      Ayat untuk soalan bertarikh 23/2/2015 tidak lengkap dan tiada tempoh masa.

2.      Manakala ayat "dari umur 10 tahun hingga umur 15 tahun" pula menunjukkan jarak.

3.      Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 268 - 272)


Lain-lain19.04.2023
Assalamualaikum , Saya ingin membuat banner kursus asas memanah di semenyih dan telah mendapatkan info kebenaran pengiklanan dari Majlis Perbandaran Kajang, Mereka meminta saya mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan bahasa dari dewan bahasa dan pustaka. kalau begitu, bagaimana saya ingin dapatkan perkhidmatan tersebutSila hantar visual iklan tuan melalui laman sesawang melalui www.dbpsahbahasa.my  atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur. Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479100/9200/9300/9400. Terima kasih.Lain-lain22.01.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang cara menulis tanda elipsis dengan betul. Perlukah tanda elipsis itu dijarakkan daripada ayat sebelumnya atau tidak perlu. Contoh ayat (saya ambil dari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu sendiri): "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak." Setahu saya, tanda elipsis pada ayat tidak perlu dijarakkan daripada perkataan sebelumnya. Minta jasa baik pihak tuan untuk mengesahkan yang mana satu betul. Terima kasih.Perlu dijarakkan elipsis dari ayat sebelum atau selepasnya seperti ayat contoh yang diberi.Tatabahasa17.07.2012
Kalau sesebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, ayat mana yang betul ? (a) Saya mempunyai dua orang adik-beradik. (b) Saya mempunyai seorang adik-beradik. ataupun penggunaan 'adik-beradik' tidak sesuai dalam konteks ini. Kalau begitu, bolehkah pihak tuan sila berikan skop penggunaan perkataan 'adik-beradik' yang betul ? Terima kasih.Perkataan adik beradik bermaksud 1. (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan(kerana seayah dan seibu), bersaudara. Yang betul ialah saya mempunyai dua orang adik- beradik. Sila rujuj Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 9. Tatabahasa26.03.2009
Selamat petang, saya nak tanya soalan ini hendak pilih jawapan yang mana satu? Saya tak pasti jawapannya ialah lepas itu atau oleh itu, dan apakah sebabnya? Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah. ___________, dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon. A. Lepas itu B. Justeru C. Kalau begitu D. Oleh itu Terima kasih untuk jawab soalan saya.Jawapan yang betul ialah D. "Oleh itu", bagi  contoh ayat  "Ameera berjaya memenangi pertandingan syarahan di peringkat sekolah.  "Oleh itu," dia akan mewakili sekolahnya untuk bertanding di peringkat zon."  Dalam ayat tersebut  "oleh itu" merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). 
Tatabahasa17.03.2022
Berikutan dengan soalan saya pada 27 Jun, berdasarkan carian saya, "grammar point" is not a grammatical term. It merely means "grammar issue. Ada yang berpendapat bahawa "It seems then, that a "grammar point" is simply an aspect of grammar which is illustrated by a certain sentence, and "the most likely grammar point" of a sentence is that grammatical aspect of English which the sentence seems to be illustrating." Kalau begitu, adakah betul jika "grammar point" diterjemah sebagai "titik tatabahasa"? Atau ia boleh diterjemah sebagai "Aspek tatabahasa"?Padanan bahasa Melayu untuk "grammar point" ialah aspek tatabahasa bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Makna28.06.2022
123456

Kembali ke atas