Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lau.pun] | کالاوڤون

Definisi : walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lau.pun] | کالاوڤون

Definisi : jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalaupun

Puisi
 

Kalau tidak lembu Pak Jamal,
     Masakan badan hancur dan lumat;
Kalaupun tidak ilmu dan amal,
     Bilakan badan boleh selamat?


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan, 1.Apakah yang membezakan penggunaan 'pun' (dirapatkan dan dijarakkan) dalam bentuk tulisan? Contoh: begitupun,kalaupun,sungguhpun belum pun, mereka pun, telah punPerkataan "pun" yang bermaksud hendaklah dijarakkan seperti dia pun (dia juga) dan begitu pun (begitu juga). Pun yang berfungsi sebagai kata penegas hendaklah dirapatkan seperti walaupun dan sungguhpun.Tatabahasa31.07.2012
Saya ingin tahu sama ada `pun` harus dijarakkan atau didekatkan?Partikel 'pun' yang membawa maksud juga harus ditulis secara terpisah. Hanya perkataan 'adapun, andaipun,biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimanapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun yang ditulis serangkai.Tatabahasa11.12.2006
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat??1. Kek berperisa coklat.
2. kedua-duanya betul.
3. Satu lembaga.
4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun.
5. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa07.05.2013
1. Penggunaan 'pun': contohnya, sayapun, walaupun sekalipun. Adakah ejaannya dekat atau jauh dan peraturan penggunaannya. 2. Penggunaan 'kan' seperti "sayakan ada", "kitakan dalam masjid". Adakah boleh digunakan dalam dialog untuk terbitan dan ejaannya sama ada dekat atau jauh.Ejaan partikel 'pun' yang ditulis serangkai ialah adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. Terima kasih.Tatabahasa27.05.2008
Saya merujuk soalan Tatabahasa yang ditanya pada 16.08.2011 berkenaan "pun" sebagai partikel. Oleh itu, jika saya ejakan "apapun" sebagai satu perkataan, adakah ia betul? Di sini pun tidak bermaksud juga. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah apa pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun.Tatabahasa01.07.2013
ataupun (jarak atau dekat) telahpun (jarak atau dekat) analisa atau analisis? dari (tempat atau orang?) daripada (tempat atau orang?)

1. Pertikel "pun" secara umumnya ditulis terpisah daripada kata sebelumnya kecuali untuk kata tugas berikut: adapun,andaipun,biarpun,kendatipun,mahupun,sekalipun,walaupun,ataupun,bagaimanapun,

kalaupun,lagipun,meskipun dan sungguhpun. Jadi, "ataupun" dieja secara bercantum, manakala "telah pun" dieja secara terpisah.



2. Analisis, analisa ejaan lama.



3. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.









 

Tatabahasa08.04.2013
Saya ingin bertanya penggunaan kata adverba jati 'pun'....mengapa ada yang dieja terpisah dan ada yang dieja rapat dgn perkataan yg sebelumnya. Harap tuan dpt memberi penjelasan dan contoh yang sesuai. Contohnya, telah pun, bagaimanapunUntuk makluman puan, pun bukan kata adverba. Sekiranya pun berfungsi sebagai partikel, maka pun dieja serangkai dengan perkataan yang mengikuti, contohnya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpunPun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun.Tatabahasa15.11.2014
Sila tuan jelaskan penggunaan perkataan "pun". Ada yang dieja rapat dengan perkataan lain dan ada yang dieja jarak. Terima kasih

Dalam bahasa Melayu, kata penegas atau partikel 'pun' mempunyai dua fungsi, iaitu 1.yang bermaksud juga, bahkan, biar, menguatkan pokok ayat, turutan dan penguat kata tak tentu dieja terpisah. 2. pun dieja rapat apabila digandingkan dengan 13 perkataan sahaja, iaitu adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun.

Tatabahasa15.07.2011
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikutEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP.Ejaan18.05.2011
Selamat sejahtera. 1. Bolehkah kata 'maka' digunakan sebagai permulaan ayat? Misalnya, 'Maka mereka pun beredar dari situ.' 2. Bilakah kata 'pun' perlu bergabung dengan suatu perkataan? Misalnya, 'telahpun' atau 'telah pun', 'apa-apapun' atau 'apa-apa pun'. Mana satukah yang betul? 3. Betulkah penggunaan imbuhan akhiran -i dalam contoh-contoh berikut? Dia memaklumi keluarganya tentang berita itu. Biar Tuhan yang menghukumi aku. Bolehkah kau menjagainya? Aku akan mengotai janji saya. Wang perak sebanyak lima tahil ini, bukankah dah cukup untuk menyarai hidup selama tiga lima bulan? Sekian, terima kasih daun keladi.

1. Maka tergolong dalam penanda wacana yang boleh hadir di awal atau pertengahan ayat.

2. Kata adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun dieja sebagai satu perkataan, yang selain daripada senarai tersebut iaitu pun yang bermaksud juga dieja sebagai dua perkataan, contohnya dia pun (juga).

3. Penggunaan memaklumi, menjagai, menyarai dan mengotai (kata kiasan bermaksud menepati janji) dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. Tidak ada kata terbitan menghukumi, yang ada menghakimi, seperti contoh ayat: kamu jangan menghakiminya.  

Tatabahasa28.06.2010
12

Kembali ke atas